Click gambar untuk imej yang lebih besar.
04 Oktober 2013, Isnin:-
Semalam anakanda kepada Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Doa Selamat dan kesyukuran sempena perkahwinan anakanda angkat kepada Sultan Brunei dan Raja Isteri iaitu Dayang Dhau'iyyah binti Abdullah dan Dayang Mas'udah binti Abdullah. Majlis diadakan di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Bandar Seri Bagawan.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Pelitabrunei