13 November 2013, Rabu :-
Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat dari Kuala Lumpur ke Johor Baru untuk melakukan lawatan rasmi ke negeri Johor Darul Takzim. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambut oleh Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim ; Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Hj Obet Tawil, pegawai-pegawai kanan pejabat SUK Negeri Johor, ahli-ahli Exco Johor serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei ke Malaysia, Dato Paduka Hj Ishaaq Hj Abdullah dan isteri.
Di Johor, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia menginap di Thistle Hotel, Jalan Sungai Chat, Johor Baharu, Johor.
Sumber :- Pelita Brunei