Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Lawatan Ke Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah

$
0
0

Syah disisi makam Al-Marhum Sultan Bolkiah, Sultan Brunei ke-5 pada 20 November 2013. Al-Fatihah..... Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

01 Dismber 2013, Ahad :-


Sultan Bolkiah ibni Almarhum Sultan Sulaiman merupakan Sultan Brunei ke-5.  Nama Bolkiah dikatakan diambil daripada nama Sharif Bolkiah bin Sharif Rumaithah yang merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Sharif Ali. Sebutan asalnya mungkin Abul Bolkiah tetapi ditukar menjadi Bolkiah.  Baginda merupakan seorang raja yang suka berangkat keluar negeri menggunakan kapal atau “ajung” yang diiringi dengan Nobat dan Gendang Kebesaran Diraja sehingga baginda mendapat gelaran Anakhuda Ragam atau Nakhoda Ragam. Kebanyakan negeri yang disinggahi oleh baginda akhirnya bernaung dibawah pemerintahan baginda.  Sewaktu belayar, baginda juga membawa lada hitam sebagai salah satu cara merekod jumlah negeri, pulau-pulau atau tempat yang baginda telah baginda lawati.  Pulau terakhir yang baginda singgah dalam sesi pelayaran baginda adalah Pulau Segantang Lada yang terletak berhampiran Singapura. Sewaktu ketiadaan baginda dalam negeri terutamanya ketika belayar, baginda akan melantik anakanda baginda, Pengiran Muda Tengah Abdul Kahar sebagai Pemangku Sultan.

Sultan Bolkiah mangkat sewaktu bersama permaisurinya yang termasyhur bernama Puteri Laila Menchanai didalam sebuah kapal sewaktu dalam perjalanan pulang ke Brunei.  Menurut tradisi lisan, Puteri Laila Menchanai berasal dari buih yang terkandung dalam segumpal rumpair telah dijumpai oleh Sultan Bolkiah di tengah laut.  Puteri Laila Menchanai telah diambil oleh baginda lalu dijadikan permaisuri. Berbalik kepada kisah kemangkatan baginda, dikatakan ketika itu baginda sedang tidur dipangkuan Puteri Laila Menchanai yang sedang menyulam/menjahit  dan jarum emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai  telah tercucuk baginda menyebabkan baginda mangkat. Ada juga cerita yang menyatakan baginda mangkat disebabkan salah faham oleh seorang sahabat permaisurinya.

Kemangkatan baginda tidak dimaklumkan oleh Puteri Laila Menchanai kepada semua anak kapal dalam pelayaran tersebut.  Puteri Laila Menchanai  telah memberi alasan bahawa bau busuk yang dihidu oleh mereka merupakan bau bangkai tikus. Kemangkatan baginda akhirnya dimaklumkan oleh Puteri Laila Menchanai kepada Pemangku Sultan iaitu Pengiran Muda Tengah  Abdul Kahar setelah rombongan mereka selama sampai ke Brunei.  Selepas memaklumkan berita kemangkatan ini, Puteri Laila Menchanai dikatakan telah membunuh diri dan dimakamkan bersama Sultan Bolkiah di Kota Batu.  Makam Sultan Bolkiah diletakkan dua batu nisan manakala makan Puteri Laila Menchanai diletakkan satu batu nisan.

Makam Al-Marhum telah dibina oleh anakandanya, Sultan Abdul Kahar sebagai penghormatan kepada  ayahanda baginda yang merupakan seorang Sultan yang terkenal  dan tersohor ketika itu.  Makam baginda diperbuat daripada batu pasir atau sand stone yang lebih dikenali sebagai Batu Acheh.  Batu yang sama juga telah digunakan oleh Sultan-Sultan /Pembesar Melayu terutamanya di Aceh sebagai binaan makam mereka. Makam baginda sungguh indah dan disulami dengan seni ukiran dan tulisan ayat al-Quraan.  Makam ini dibina oleh tukang khas yang didatangkan dari jawa dengan bantuan ayahanda mertua Sultan Abdul Kahar.  Dibatu nisan baginda tertulis tarih kemangkatan baginda pada 09 Ramadhan 930 bersamaan 11 Julai 1524.

Ini adalah kali pertama dalam hidup Syah menyaksikan sendiri dihadapan Syah sebuah makam yang begitu besar dan tinggi yang diperbuat daripada Batu Aceh.  Sebelum ini Syah hanya melihat nisan yang diperbuat daripada Batu Aceh dan pernah juga melihat binaan Batu Aceh di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah tetapi tidaklah seperti Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah yang ada di Brunei ini. Shukur Alhamdulillah Syah dapat sendiri melihat dan memegang batu-batu berukir yang begitu indah sekali yang jarang-jarang ditemuai sekarang di Kepulauan Melayu kecuali di Aceh, Indonesia.

Syah ingin berkongsi gambar-gambar dibawah bersama anda semua ketika ziarah Syah ke makam Al-Marhum Sultan Bolkiah pada 20 November 2013 sempena lawatan 8 hari Syah ke Negara Brunei Darussalam bermula pada 18 November dan berakhir pada 25 Novmber 2013. Semuga gambar-gambar ini serba sedikit dapat memberi panduan atau dijadikan sumber rujukan kepada kita semua mengenai Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah.


Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah terletak di Kota Batu didalam Mukim Brunei Muara iaitu dalam kawasan Bandar Seri Bagawan.  Makam ini terletak tidak jauh dari Muzium Brunei. Cara paling murah dan mudah untuk ke makam adalah menggunakan perkhidmatan bas. Anda hanya perlu menunggu bas di Perhentian Bas Bertingkat di Bandar Seri Bagawan.  Bas ke Kota Batu bernombor 39. Jika anda tidak pasti anda boleh bertanya kepada para pemandu bas dan mereka sedia membantu.  Kebanyakan pemandu bas adalah warga asing yang boleh berbahasa Melyu.

Keadaan basnya memuaskan dan beraircond.  Yang seronok di Bandar Seri Bagawan nie adalah tambang basnya hanya BND1.00 untuk kesemua kawasan dalam Bandar Seri Bagawan. Jangan naik teksi kerana bayarannya mahal.  Pernah seorang pemandu teksi offer Syah untuk melawat empat Makam Utama di Brunei untuk jangkamasa setengah hari dengan kadar bayaran BND 100.00.


Cara mudah untuk ke makam adalah dengan memaklukan pemandu bas bahawa kita hendak turun di Muzium Brunei. Turun sahaja dari bas, kita menyeberangi jalan dan berjalan kaki kearah sebelah kanan sehingga berjumpa signboard Makam Sultan Sharif Ali, Sultan Brunei ke-3 dan kita perlu berjalan lagi kehadapan sedikit sehingga berjumpa papan tanda Makam Sultan Bolkiah. Jika anda tidak pasti arah yang sebenar, anda boleh singgah sebentar di Muzium Brunei dan bertanyakan arah ke makam berkenaan daripada kakitangan Muzium.

Dari papantanda tadi, inilah jalan yang perlu kita lalui kerana makam berada disebelah bawah bukit. Dipertengahan jalan sebelum sampai ke makam kita akan berjumpa sebuah bangsal yang mana didalamnya ada sedikit penerangan berhubung Al-Marhum Sultan Bolkiah.


 Keadaan dalam bangsal.

Penerangan ringkas mengenai Al-Marhum Sultan Bolkiah dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi dan jawi serta bahasa  Inggeris  terdapat di dalam bangsal yang disediakan. Jika penat boleh berehat sebentar disini sambil membaca keterangan ringkas mengenai Al-Marhum Sultan Bolkiah sebelum ziarah ke makam Al-Marhum.

 Dar bangsal tadi kita perlu berjalan kebawah sedikit hingga ke kubah dibelakang Syah itu.

Didalam kubah inilah terletaknya Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah. 


Dari jauh lagi makam Al-Marhum Sultan Bolkiah kelihatan berdiri megah melambangkan kedaulatan dan kemasyhuran baginda. Batu nisan dihadapan sekali adalah dipercayai makam Puteri Laila Menchanai.



  Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah dari sudut pandangan yang berbeza

  Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah dari sudut pandangan yang berbeza

  Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah dari sudut pandangan yang berbeza


 Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah dari sudut pandangan yang berbeza

 Ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah

 Ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah 

 Ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah


 Ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah

 Ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah

 Ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah

 Batu Nisan Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah



 Binaan bahagian atas Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah berukiran ayat suci



Keadaan Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah dari sudut pandangan yang berlainan 


Setiap makam Sultan-Sultan Brunei yang telah diwartakan akan dijaga oleh seorang penjaga makam dan juga merupakan pembaca Al-Quraan. Kelihatan Pak Cik Abdul Malik sedang menjalankan tugasnya ketika Syah sampai pagi itu.

Sumber :- Trasilah Brunei – Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran / Pusat Sejarah Brunei / MBS

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965