08 Disember 2013, Ahad :-
Beginilah keadaan Jambatan Perpaduan yang akan dirasmikan pagi ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi pihak Negara Brunei Darussalam dan Yang Amat Berhomat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi pihak negara Malaysia. Jambatan ini dibina diatas Sungai Pandaruan bagi menghubungkan Brunei-Malaysia iaitu melalui Daerah Temburong di Brunei dan Limbang di Sarawak.
Datuk Seri Najib berada di Brunei bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-17 dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Waddaulah.
Sumber:- Bernama / Fantistic Brunei Issue