13 Januari 2013, Isnin :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan meraikan Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark dalam satu Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Istana Negara sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah The Olave Baden Powell Society. Princess Benedikte dan rombongan akan berada di Malaysia selama tujuh hari dan akan berangkat pulang pada 16 Januari ini. Princess Benedikte merupakan adinda kepada Her Majesty Queen of Denmark, Queen Margrethe II.
Sila click link ini untuk mengetahui apa itu The Olave Baden Powell Society
Sumber :- Bernama