Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Timblan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM dalam kenyataan baginda hari ini memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah menggunakan Al-Quraan yang dibuat berhubung insiden dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah tidak wajar dilakukan kerana mereka yang terlibat seharusnya memberi ruang kepada FAM menjalankan siasatan terlebih dahulu. Komen baginda lagi jangan bermain dengan ayat-ayat suci Al-Quraan.
T-Team mendakwa insiden pemain import mereka, Evaldo Rodrigues ditumbuk didalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 01 Februari 2014 adalah benar dan bukan satu pembohongan. Manakala pemain simpanan T-Team yang juga merupakan anak kelahiran Johor, Muhammad Irfan Abdul Ghani dalam kenyataannya kepada media menyatakan kejadian itu tidak pernah berlaku. Sebagai bukti masing-masing bercakap benar T-Team mengadakan majlis angkat sumpah didepan Al-Quraan disebuah hotel malam tadi di Terengganu manakala Irfan juga melakukan perkara yang sama disebuah restoran petang tadi di Johor.
Teringat Syah sekitar tahun 1980an dulu memang famous dikalangan kanak-kanak bila buat salah jer mereka akan kata "kalau kau berani sumpah Al-Quraan" untuk membuktikan mereka tu betul dan benar, itu budak-budak zaman dulu-dulu, ini apa kes nie?
Sumber :- Bernama /TV3