03 Mac 2014, Ahad :-
Jambatan Kedua Pulau Pinang telah diberi nama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena mengambil nama Yang di-Pertuan Agong XIV, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Jambatan yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung dibahagian Pulau ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 01 Mac 2013.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dibina pada 2008 dengan kos RM4.5 billion. Panjang keseluruhan jambatan ini adalah 24 kilometer menjadikanya sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga di dunia dimana 17 kilometer berada diatas air manakala 7 kilometer diatas darat. Jambatan ini menyediakan laluan dua lorong berkelebaran 3.5 meter selorong, lorong kecemasan berkeluasan 2.4 meter dan lorong khas motosikal berkeluasan 3.0 meter.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mampu menampung kegunaan 100,00 kenderaan sehari. Jambatan ini merupakan mercu tanda baharu bagi Malaysia yang menjadi kebangaan rakyat. Pembinaan jambatan ini dijangka akan memangkinkan pertumbuhan lebih rancak dikawasan setempat, mengurangkan kesesakan lalulintas dan membuka peluang pekerjaan.
Sebagai penghargaan kepada Rakyat, Perdana Menteri mengumumkan jambatan ini dibuka secara percuma selama sebulan. Kadar bayaran tol belum ditentukan lagi tetapi dianggarkan kurang dari RM10.00. Plaza tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan plaza tol tebesar di Malaysia dengan menyediakan 26 kiosk pembayaran.
Sumber :- Berita Harian / Bernama