25.12.2012, Selasa - Kira-kira jam 11:10hrs tadi Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke kediaman Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yik di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Tuanku Abdul Halim menghabiskan masa selama 10 minit dikediaman mendiang. Turut serta mengiringi baginda adalah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Mayat mendiang akan dibakar esok di Cheras Creamtorium selepas Majlis Penghormatan Negara diberikan kepada mendiang. Kelihatan Tuanku Abdul Halim sedang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang turut ditemani oleh isteri mendiang Toh Puan Wong Yoon Chuan dan salah seorang anak mendiang, Datuk Lim Si Pin.
Sumber :- Berita Radio