20 Mac 2013, Khamis :-
Pelakon dan penyampai radio terkenal Sarimah Ibrahim mengumumkan semalam bahawa beliau sekarang sedang berkawan rapat dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Jamie. Sarimah yang pernah berkahwin dengan Andrew Browning Abdulah pada 2006 di Dublin, Ireland dan kemudiannya bercerai pada 2009 mengakui bahawa berkahwin dengan lelaki asing yang berbeza budaya bukannya perkara mudah terutamanya untuk menyesuaikan diri. Beliau melahirkan kesyukuran kerana telah dipertemukan dengan seseorang yang komited dalam perhubungan seperti Jamie. Beliau memperkenalkan Jamie semasa sesi sidang akhbar program rancangan khas Desperately Seeking Sarimah bersama Mix FM.
Yang Mulia Tunku Nadzimuddin merupakan putera sulung kepada Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Tan Sri Dato' Seri Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar Al-Haj. Almarhum Tuanku Ja'afar merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke-10 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-10. Ayahanda Jamie adalah Yang Mulia Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar bin Tunku Mustapha.
Syah mendoakan agar hubungan mereka akan berakhir hingga ke jingang pelamin dan dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat. Amien.
Sumber :- Kosmo / MBS