25 Mac 2014, Selasa :-
Pada hari ini Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor telah menitahkan supaya semua jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di negeri Johor supaya mengibarkan bendera separuh tiang selama satu hari bagi menghormati tragedi kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia MH370 Kuala Lumpur - Beijing. Manakala Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pula menitahkan agar Negeri Perak mengibarkan bendera separuh tiang mulai esok 26 Mac 2014 sebagai tanda simpati dan dukacita terhadap insiden yang melibatkan MH370.
Sumber :- Berita TV3 / Pic by Azlan Zamhari/Malaysiakini.com