06 April 2014, Ahad :-
Pagi tadi Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam. Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat persatuan berkenaan di Kampung Anggerek Desa adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP). YTM kemudiannya menghadiri Majlis Sambutan 60 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei