13 April 2014, Ahad :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Pameran dan Persidangan, Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-14 atau Defence Services Asia 2014 (DSA) Seperti biasa, sebelum keberangkatan baginda keluar negara, doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abd Aziz bin Juned di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dan di Hangar Penerbangan KDYMM Rimba.
Turut serta mengucapkan selamat berangkat kepada baginda di Hangar Penerbangan KDYMM Rimba adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, .
Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 ke-14 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur bermula 14 hingga 17 April 2014. Sebanyak 1000 syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa dari 50 buah negara akan menyertai pameran ini. Pameran hanya dibuka kepada pelawat perdagangan, anggota tentera, pasukan keselamatan, pasukan kadet beruniform, penganalisis serta pemerhati pertahanan dari dalam dan luar negara. Pameran dibuka bermula jam 09:30hrs hingga 16:30hrs. Beberapa program akan diadakan sempena pameran ini diantaranya Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Darat, Keselamatan Siber, Forum Putrajaya, Asean Hall dan ‘Battlefield Healthcare’.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan 2014 ke-14 merupakan pameran peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara serta negara-negara Asia Pasifik. Pameran pada kali ini merupakan pameran yang terbesar semenjak ianya diadakan buat pertama kalinya pada 1988. Pameran ini juga akan memperlihatkan ASEAN sebagai satu pasaran Industri Pertahanan. ASEAN dianggotai oleh Negara Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Borneo Post / Kosmo