07 Mei 2014, Rabu :-
Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin telah diadakan di Makam Diraja Pahang pada hari ini sempena Hari Hol Negeri Pahang. Hari Hol adalah hari untuk memperingati kemangkatan Sultan Pahang Ke-4 Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah serta kerabat diraja Pahang yang telah mangkat atau meninggal dunia. Kelihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah sebak ketika menabur bunga di makam Almarhumah Isteri tersayang baginda, Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Tengku Muhammad dalam majlis berkenaan yang diadakan di Makam Diraja Pahang, Pekan. Inilah adalah tanda kasih sayang yang tidak berbelah bagi Tuanku Ahmad Shah terhadap Almarhumah Isteri tersayang baginda, Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan.
Tuanku Ahmad Shah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ampuan Hajah Afzan pada 24 April 1954 dan dikurniakan dengan 7 orang cahayamata, 2 putera dan 5 puteri. Jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh yang maha esa, setelah hidup bersama selama 34 tahun akhirnya Tengku Ampuan Hajah Afzan mangkat pada 29 Jun 1988 di Istana Pahang, Kuala Lumpur akibat kanser. Pada 14 Mac 1991 Tuanku Ahmad Shah berkahwin sekali lagi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom.
.... Al-Fatihah ....
Semuga Allah menempatkan Almarhum dan Almarhumah Sultan dan Tengku Ampuan Pahang serta Allahyarham dan Allahyarhamah Kerabat Diraja Pahang Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh...... Amien
Sumber :- Friend of BN - Barisan Nasional Fan Page