Sila Click gambar untuk Imej Yang Lebih Besar
17 May 2014, Sabtu :-
Hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menghadiri Istiadat Bersiram sempena Majlis Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap. Istiadat berlangsung dengan penuh adat istiadat di Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap diadakan setiap tiga tahun sekali sebelum Dato'-Dato' Penghulu datang menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dalam istiadat Bersiram ini, Tuanku dan Tunku Ampuan Besar telah diarak menaiki kenderaan khas yang dinamakan Tahta Kenchana yang ditarik oleh 99 orang pegawai Istana diiringi Penghulu Luak, Datuk Lembaga dan Alat Kebesaran dari Istana Besar Seri Menanti menuju Panca Persada untuk Istiadat Bersiram.
Keberangkatan tiba baginda berdua ke Panca Persada disambut dengan lapan das tembakan meriam sebelum Istiadat Bersiram bermula. Dato' Seri Amar diRaja membawa cepu bedak limau mengelilingi Tuanku dan Tunku Ampuan Besar sebanyak tujuh pusingan. Setelah selesai pusingan, cepu bedak limau dipersembahkam kepada Tuanku dan Tunku Ampuan Besar berdua akan mencelup tangan setiap kali dipersembahkan sebagai simbolik persiraman. Setelah selesai Istiadat Bersiram, Tuanku dan Tunku Ampuan Besar berangkat pulang ke Istana Besar Seri Menanti menaiki Panca Persada diiringi lapan das tembakan meriam dan berakhirlah Istiadat Bersiram.
Sumber :- Bernama / YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Fan page
Sumber :- Bernama / YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Fan page