Kelihatan King Juan Carlos sedang menandatangani surat pengesahan turun tahta baginda di Madrid, Spanyol.
03 Jun 2014, Selasa :-
Semalam rakyat Spanyol dan dunia dikejutkan dengan berita berhubung pengumuman His Majesty The King Juan Carlos of Spain untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada putera baginda, Prince Felipe de Borbon yang bergelar His Royal Highness The Prince of Asturias untuk menaiki tahta. King Juan Carlos berusia 74 tahun menaiki tahta pada 22 November 1975. Pengumuman rasmi dibuat semalam 02 Jun 2014 di Madrid, Spanyol. Baginda merupakan Raja ketiga di Eropah yang turun dari tahta semenjak beberapa tahun kebelakangan ini selepas King Albert II of Belgium pada 03 Julai 2013 yang ketika itu berusia 79 tahun dan Queen Beatrix of The Netherlands pada 30 April 2013 dalam usia 75 tahun.
Perkahwinan Putera Felipe dan Letizia Ortiz pada 2014. Turut kelihatan dalam gambar adalah King Juan Carlos dan Queen Sofia.
Putera Felipe diputerakan pada 30 Januari 1968, berusia 46 tahun dan mempunyai ketinggian 1.98 meter merupakan bekas atlet sukan perahu layar Olimpik. Putera Mahkota Felipe dilihat sebagai seorang yang selalu tersenyum tetapi dikatakan lebih pendiam daripada ayahanda baginda. Baginda berkahwin dengan Letizia Ortiz Rocasolano (kemudiannya bergelar Puteri Letizia Ortiz,The Princess of Asturias) pada 22 May 2004 dan dikurniakan dengan dua orang puteri berusia sembilan dan tujuh tahun.
Sumber :- Royaltynu/Getty Images/Kosmo/Wikipedia