07 November 2014, Jumaat :-
Hari ini Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan sepertimana biasa setiap kali waktu Solat Jumaat akan diadakan jualan di kawasan Masjid Negara yang menjual makanan, pakaian, ubat-ubat tradisional dan ada jua yang menjual kereta. Hari ini Syah nampak sebuah kereta Proton Perdana Edisi Khas yang dijual disitu. Syah lihat ada plate D.Y.M.M Raja Perlis diletakkan di atas cermin hadapan kereta berkenaan. Syah diberitahu oleh penjual kereta tu bahawa kereta ini pernah digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis.
Bila penjual kereta itu melihat Syah mengambil gambar kereta ini, katanya kalau awak hendak bergambar kat dalam kereta inipun boleh, nanti saya ambilkan...... Tetapi Syah menolak tawaran berkenaan. Kereta ini memang besar daripada model Perdana yang biasa kita lihat kerana iannya edisi khas. Syah tak bertanya pula berapa harga kereta ini tetapi ada diletakkan tanda harga Muka '0' RM365 sebulan. Jika anda berminat sila datang ke Masjid Negara setiap hari Jumaat kerana kereta ini ada disana melainkan jika iannya sudah ada pembeli.