13 Februari 2015, Jumaat :-
Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mangkat dalam usia 84 tahun malam tadi pada jam 09:40 malam sisi anggota keluarga di kediaman Allahyarham di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. Kemangkatan Allahyarham disahkan oleh Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari 2015 kerana mengidap kanser prostat.
Allahyarham dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian malam tadi dan sampai di kediamannya pada jam 08:40 malam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 09:40 malam. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10:00 pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampong berkenaan.
Allahyarham meninggalkan 10 orang anak dan seorang isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Allahyarham diputerakan pada 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam satu keluarga ilmuan Islam dari keturunan Raja Jembal yang pernah memerintah Kelantan satu ketika dahulu. Allahyarham merupakan anak kedua daripada isteri pertama Haji Nik Mat (Raja Mohammad) bin Raja Banjar. Allahyarham merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka dan menjadi menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.
Salasilah Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sila click gambar untuk imej yang lebih besar
..... Al-Fatihah .....
Semuga Rohnya Allahyarham Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal Solleh. Amien.