Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Pemasyhuran Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam

$
0
0


23 Februari 2015, Isnin :- 

Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-31 tahun kepada Negara Brunei Darussalam. Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diadakan pada  23 Februari setiap tahun dan tema sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini adalah Generasi Berwawasan.

Pemasyhuran Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam telah dibuat pada 1 Januari 1984 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diikut dengan laungan  takbir sebanyak tiga kali oleh Ayahanda baginda, Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II serta disahut oleh rakyat Brunei Darussalam. 

Terdahulu pada 31 Disember 1983 telah diadakan beberapa program keagamaan bermula waktu Maghrib seperti bacaan Yasin, Dikir Ratib dan Doa Selamat.  Lebih kurang jam sepuluh malam Tuanku Sultan dan rakyat mula berjalan kaki dari Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien menuju ke (Padang - Sekarang dikenali sebagai Taman)  Taman Hj Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Sementara menunggu jam duabelas tengah malam untuk Istiadat Permasyhuran Hari Kemerdekaan, diadakan pula majlis bacaan yasin dan ikrar.


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Ucapan Permasyhuran Kemerdekaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Terjemahannya adalah seperti berikut :-


Bahawasanya sekarang telah tiba masanya bagi Negara Brunei Darussalam mengambil alih semula tanggungjawab antarabangsa dengan secara penuh sebagai sebuah Negara yang berdaulat lagi merdeka dikalangan masyarakat antarabangsa. 

Dan bahawasanya Negara brunei Darussalam tidak pernah menjadi tanah jajahan, tetapi mempunyai hubungan perjanjian yang istimewa dengan United Kingdom sejak tahun 1847 dengan mana kemudian pada tahun 1888 telah dipersetujui bahawa perhubungan luar negeri menjadi tanggungjawap kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen bagi United Kingdom of Great Britain dan North Ireland.

Dan bahawasanya satu perlembangaan yang digelar Perlembagaan Negeri Brunei 1959, telah dimasyurkan oleh Sultan sebelum Beta iaitu Maulana Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sultan dan yang dipertuan Negeri Brunei Darussalam yang ke 28 dan menurutnyalah Negara ini disusun dan ia adalah menjadi undang-undang yang tertinggi bagi kerajaan Negara ini. 

Dan bahawasanya dengan perjanjian persahabatan dan kerjasama 1979 yang telah dibuat diantara Beta dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen, maka telah dipersetujui bahawa apa jua kuasa kewajipan atau tanggungjawab yang mungkin dipegang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen terhadap Negara brunei Darussalam dibawah semua Trity Perjanjian dan susunan yang terdahulu diantara Negara brunei Darussalam dengan United Kingdom yang bertantangan dengan tanggungjawap antarabangsa yang sepenuhnya sebagai sebuah Negara yang berdaulat lagi merdeka hendaklah tamat pada 31hb Disember 1983. Dan dengan penamatan itu hak dan kuasa kedaulatan Beta termasuk tanggungjawab terhadap urusan-urusan luar negeri akan kembali kepada Beta sebagai Sultan dan yang diPertuan Negara Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984.

Maka oleh yang demikian, dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani, Beta Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam serta sekalian jajahan takluk rantau dan persisirnya, dengan ini memasyur dan mengishtiharkan dengan nama Beta dan bagi pihak diri Beta dan bagi pihak pengganti Beta dan bagi pihak rakyat Negara Brunei Darussalam bahawa mulai 1hb Januari 1984 tahun masehi bersamaan dengan 27hb Rabiulawal hijrah Nabi Muhammad s.a.w 1404, tahun yang ke 17 Beta diatas takhta kerajaan, Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia ALLAH SWT akan untuk selama-lamanya menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang MERDEKA, BERDAULAT dan DEMOKRATIK bersendikan kepada Ajaran-ajaran Agama ISLAM menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dengan berasaskan KEADILAN, dan AMANAH dan KEBEBASAN dan dengan Petunjuk serta Keredhaan ALLAH SWT jua akan senantiasa berusaha memperolehi Ketenteraman dan Keselamatan, Kebajikan dan Kebahagiaan bagi RAKYAT Beta. Dan demikian juga pemeliharaan perhubungan persahabatan dikalangan antarabangsa atas dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (Kukuh) wilayah bagi semua Negara yang bebas dari campur tangan dari luar negeri.

Barang dirahmati ALLAH SWT dan diberkati Nabi Muhammad SAW akan Negara Brunei Darussalam kekal selama-lamanya . Aamiin ya Rabbal Alamin. 


Sumber :- Khairul/Seribrunei.blogspot.com/all-n1ginnyhm.blogspot.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965