07 April 2015, Selasa :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Dato' Tan Huat Seang yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih pada 04 April 2015. Keberangkatan tiba Tuanku Hajah Haminah ke kediaman mendiang di Taman Golf, Alor Setar, Kedah disambut oleh balu mendiang, Datin Yee Siew Yin. Mendiang Dato' Tan Huat Seang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kedah dan ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.
Sumber :- Bernama