Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi pusara Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Makam Pahlawan, Masji Negara, Kuala Lumpur. Tuanku Sultan Pahang juga turut menghadiri majlis tahlil yang diadakan di pusara berkenaan. Tuanku Sultan Ahmad Shah mempunyi hubungan yang akrab dengan Allahyarham semasa hayatnya dan Tuanku kelihatan mengesat air mata menahan kesedihan sewaktu menzirahi pusara Allahyarham.
Turut mengiringi Tuanku Sultan Ahmad Shah adalah Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Menteri Besar Pahang Dato' Seri Diraja Adnan Yaakub. Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah Ahli Parlimen Rompin, Pahang dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia. Allahyarham juga merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia. Allahyarham terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih pada 04 April 2015.
Al-Fatihah ..............
Sumber : FB Hishammuddin Hussein / Syahril A.Kadir