10 April 2015, Jumaat:-
Malam ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak tunggal Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Akmal Saufi dan pasangannya Noor Shamiza Sayuti di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana.
Turut serta dalam majlis malam ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.