27 April 2015, Isnin :-
Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 06 Mei 2015 ini satu pameran sempena pertabalan baginda akan diadakan pada 05 Mei hingga 04 Jun 2015 bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, Ipoh ,Perak. Pameran ini dibuka untuk orang ramai setiap hari bermula jam 10:00 pagi hingga jam 07:00 malam.
Syah berharap kita semua mengambil kesempatan ini untuk membawa keluarga, anak-anak, teman dan saudara mara ke pameran ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Institusi beraja di negeri Perak disamping memertabatkan Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita ini.
Lokasi Dewan Bandaran Ipoh terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh dan iannya berhadapan dengan Stesyen KTM Ipoh. Jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ETS di KL Sentral untuk kepameran ini. Ada dua perkhidmatan disediakan iaitu ETS Gold dan ETS Silver dimana ETS Gold berharga 35.00 manakala ETS Silver berharga RM25.00 dan tiada caj GST buat masa ini. ETS Gold mengambil masa perjalanan 2 jam 15 minit manakala ETS Silver 2 jam 30 minit.
Sumber :- DYTMS NFS/KTM/Jabatan Penerangan Perak