Tuanku berdua berkenan menandatangani Buku Bergambar Menyusur Riwayat.
Tuanku merasmikan pameran.
04 May 2015, Ahad :-
Pagi tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan melancarkan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Buku Hikayat Misa Melayu bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35. Majlis diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Pameran diadakan selama sebulan bermula hari ini sehingga 04 Jun 2015 dan terbuka untuk orang ramai dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari .
Pameran ini dianjurankan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau Bernama dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan. Pameran ini terbahagi kepada 14 segmen diantaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang.
Turut dipamerkan dalam pameran ini adalah gambar bangunan-bangunan bersejarah di Perak seperti Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edwards VII di Taiping. Terdapat juga sudut buku berkaitan institusi diraja yang dibawa khas dari Perpustakaan Bernama dan Perpustakaan Negeri Perak untuk tatapan pengunjung.
Anda juga boleh bergambar disebelah gambar besar Tuanku Sultan dan Raja Permaisuri diruangan khas "permaidani merah" yang terletak di bahagian luar bilik pameran. Pihak penganjur menggarkan seramai 500,000 pengunjung akan hadir ke pameran ini. Baginda dan Raja Permaisuri serta keluarga menghabiskan masa selama 45 minit di pameran ini.
Sumber :- Bernama.