07.01.2012, Isnin - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan menghadiri majlis santapan Canselor Universiti Pengurusan dan Sains atau MSU. Tuanku Hajah Haminah merupakan Canselor MSU. Seramai 1,027 graduan dari 43 bidang pengajian telah menamatkan pengajian pada konvokesyen pada kali ini. Majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Anuar ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah.
Keberangkatan tiba Seri paduka Baginda berdua telah disambut oleh Presiden MSU, Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Abdullah. Dalam majlis malam ini, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah telah berkenaan memotong kek sempena majlis santapan ini.
Sumber :- Bernama