14 September 2015, Isnin :-
Malam tadi Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, En Mohd Aseral Jusman mengumumkan bahawa tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Qurban) adalah pada hari Khamis, 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada 15hb September 2015 Masehi. Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24hb. September 2015 Masehi.”
Sumber :- Bernama / Portal Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia / Astro Awani