04 November 2015, Rabu :-
Sumber : Istana Anak Bukit/Putera Kola
Al-Fatihah
Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Hamidah Binti Al-Marhum Sultan Badlishah telah mangkat tenghari tadi dalam usia 89 tahun. Jenazah akan dibawa ke Istana Anak Bukit dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Semuga Rohnya Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Hamidah Binti Al-Marhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah diatas kemangkatan ini. Allahyarhamah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sumber : Istana Anak Bukit/Putera Kola