10.01.2012, Khamis - Tahukah anda bahawa pada tahun 1970, Sultan Johor, Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim dan suri baginda, Almarhumah Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sultanah Aminah pernah membuat jamuan makan Nasi Minyak kepada lebih 600 orang penghuni Rumah Orang-Orang Tua di Kampung Engku Mohsin di Tampoi sempena Ulangtahun Perkahwinan baginda berdua yang ke-50 tahun. Baginda berkahwin pada 30 Ogos 1920. Hasil daripada perkongsian hidup baginda berdua dikurniakan dengan empat orang putera dan tiga orang puteri iaitu:-
- Tunku Abdul Jalil (1924 - 1925)
- Tunku Kalthum Maimunah (1927-1930)
- Tunku Abdul Rahman (1930-1930)
- Tunku Mahmud @ Sultan Iskandar (1932 - 2010)
- Tunku Abdul Rahman (1933-1989)
- Tunku Helen (1936-1937)
- Tunku Tun Maimunah (1939-2012)
Daripada tujuh orang cahayamata Almarhum dan Almarhumah, hanya tiga orang sahaja yang sempat membesar hingga dewasa manakala lima lainnya mangkat ketika kanak-kanak atau ketika baru dilahirkan.
Sumber :- Kesultanan Johor dan Wikipedia