11.01.2012, Jumaat - Shukur Alhamdulillah hari ini Radin Irwan Dzul Karnain Isagani telah dilepas dan dibebaskan dari tuduhan mengedar ganja di Mahkamah Tinggi. Radin atau lebih dikenali sebagai Zack New Boyz merupakan pemain bass kumpulan New Boyz telah dituduh tiga tahun lepas mengedar 1,321 gram ganja. Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya memutuskan Radin Irwan tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Kelihatan Radin Irwan bersama isteri dan peguamnya keluar dari mahkamah setelah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.
Sumber :- Bernama