December 24, 2012, 5:38 am
24.12.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yik dikediaman mendiang di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor. Mendiang yang berusia 73 tahun merupakan Bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi meninggal dunia jam 16:45hrs dikediamannya kerana sakit tua. Mendiang meninggalkan seorang balu Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga orang anak. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi persetujuan supaya penghormatan negara diberikan kepada mendiang sebelum mayatnya dibakar pada hari Rabu ini. Turut serta mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Sumber :- Bernama
↧
December 24, 2012, 6:09 am
24.12.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah membuat tinjauan daripada udara untuk melihat keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan disebabkan keadaan hujan yang tidak berhenti semenjak malam semalam. Baginda juga telah melawat 302 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, Kuantan. Diantara titah baginda :-
"Ketika saya terbang tadi buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat. Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan".
Sumber :- Bernama
↧
↧
December 24, 2012, 4:56 pm
25.12.2012, Selasa - Semalam Isnin, 24.12.2012 telah diadakan Hari Hol Sultan Iskandar Muda yang ke 367 tahun. Dalam konteks masyarakat kita, Hari Hol adalah hari memperingati kemangkatan Sultan. Di Malaysia hanya dua buah negeri sahaja yang mengistiharkan Hari Hol sebagai Public Holiday iaitu Pahang dan Johor. Selain daripada itu Hari Hol disambut untuk membangkitkan kembali semangat kita untuk mengingati perjuangan, ketinggian ilmu, kemuliaan ahlak dan darjat sesorang insan yang pernah hidup dalam komuniti kita atau lebih mudah dikatakan sebagai Ikon kepada kita. Sempena Hari Hol Sultan Iskandar Muda, satu Majlis Doa Selamat telah diadakan di Komplek Makam Sultan Iskandar Muda pada jam 08:00hrs manakala pada 27 Disember pula akan diadakan Majlis Aceh Berzikir di Mesjid Raya Baiturrahman Kutaraja (Banda Aceh) sempena hari hol ini. Majlis akan bermula pada jam 19:30hrs dan Zikir akan dipimpin oleh Al-Mursyid Kyai Muda Abuya Syech Tgk. Haji Djamaluddin Waly Al-Khalidy. Jika anda berada di Banda Aceh pada 27 Disember nanti anda boleh menghadiri majlis ini.
Sultan Iskandar Muda merupakan Sultan Aceh yang paling terkenal dan termasyhur bukan sahaja di kepulauan Melayu malah keseluruh dunia dan telah berjaya meletakkan kerajaan Acheh diantara lima kuasa besar Islam pada zaman pemerintahannya pada 1607 hingga 1636. Komplek makam Sultan Iskandar Muda terletak didalam kawasan Muzium Acheh.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Almarhun Sultan Iskandar Muda sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........
Sumber :- Teuku Nouf Levi Kash / TWK Waroul / Wikipedia
↧
December 24, 2012, 6:35 pm
25.12.2012, Selasa - Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyabut ulangtahun ke-25 kepada Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim semuga YAM Tunku Idris dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik. Amin. YAM Tunku Idris diputerakan pada 25 Disember 1987 dan merupakan putera kedua Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Perak). YAM Tunku Idris dikurniakan gelaran Tunku Temenggong Johor pada 26 Februari 2010. YAM Tunku Idris masih lagi bujang dan belum berumahtangga. Gambar disebelah merupakan gambar YAM Tunku Idris bersama nenda sebelah bondanya iaitu Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin Perak.
↧
December 24, 2012, 9:21 pm
25.12.2012, Selasa - Kira-kira jam 11:10hrs tadi Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke kediaman Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yik di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Tuanku Abdul Halim menghabiskan masa selama 10 minit dikediaman mendiang. Turut serta mengiringi baginda adalah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Mayat mendiang akan dibakar esok di Cheras Creamtorium selepas Majlis Penghormatan Negara diberikan kepada mendiang. Kelihatan Tuanku Abdul Halim sedang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang turut ditemani oleh isteri mendiang Toh Puan Wong Yoon Chuan dan salah seorang anak mendiang, Datuk Lim Si Pin.
Sumber :- Berita Radio
↧
↧
December 24, 2012, 10:36 pm
25.12.2012, Selasa - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan pada hari Khamis lepas bersamaan 20.12.2012 dan merupakan cuti umum bagi negeri Johor. Hari Hol merupakan tradisi diraja Johor dimana DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja akan melakukan ziarah ke Makam Diraja Johor yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Mulai tahun 2011, Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan disambut mengikut kalender tahun Hijrah iaitu pada 06 Safar setiap tahun. Pada Khamis lepas DYMM Sultan Ibrahim telah diiringi oleh YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat tiba di Makam Diraja lebih kurang jam 09:00hrs. Turut serta adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Obet Tawil serta exco negeri. Kaum keluarga diraja dan tetamu membaca Al-Fatihah dan kemudiannya kerabat diraja menyiram air mawar dan menabur bunga mawar di Makam Almarhum Sultan Iskandar. Kelihatan DYMM Sultan Ibrahim menyiram air mawar di Makam Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Almarhun Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........
Sumber :- Kesultananjohor.blogspot
↧
December 25, 2012, 6:40 am
25.12.2012, Selasa - Empat hari cuti angan-angan Syah nak jalan-jalan ke KL hanya hangat-hangat tahi ayam tak kesampaian. Empat hari nie tak kemana duduk Rawang jew? Habis jauhpun pergi ke Pekan Rawang dan Hari nie Syah ke Pasar Tani di Batu 16 Rawang tetapi tak meriah macam selalu coz tak banyak gerai buka mungkin cuti hari Natal kot. Syah keluar jam 16:00hrs dan dari Pekan Rawang Syah jalan kaki ke batu 16 dan sebelum tu singgah Masjid untuk Solat Asar berjemaah. Kat pasar Tani, Syah beli Meehon Goreng, Kuih Lepat Pisang, Car Koi Goreng, Fries dan Air Tebu. Syah makan kat tepi tasik sebelah Pasar Tani tu sambil melihat gelagat orang beriadah, memancing dan melepak kat situ. Memang ramai orang dan tak ketinggalan warga asing yang memang melambak kat Rawang nie. Bungkusan sebelah Syah tu lepat pisang yang Syah makan satu jer kat tasik dan selebihnya Syah bawa balik dan makan malam nie. Lepas makan, Syah pusing satu tasik sebelum jalan kaki semula ke Pekan Rawang. On the way tu, Syah singgah kejap di McD beli Vanila Shake tetapi dah habis so Syah ambil Strawberry Shake sahaja, janji Shake, ada ku kisah ............. Hahahahah.
Dari McD terus ke Giant pusing-pusing window shopping sebelum ke bas station untuk naik bas jam 19:30hrs. Sampai jer bas station, bas ke Rawang Residence sudah ada tetapi masih tak ramai penumpang dan Syah dapat duduk. Oklah semua esok Syah mula kerja dan nak rehat sekarang nie..... Sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Selamat Malam semua semuga dibuai mimpi yang best-best belaka, baik punya, okey.....................
↧
December 25, 2012, 9:24 pm
26.12.2012, Rabu - Sikap Perihatin dan ambil berat terhadap rakyat telah mendorong Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar membantu menyediakan makanan bagi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan, Pahang. Semalam, Tengku Abdullah dan Tunku Azizah telah berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang. Tengku Abdullah berharap agar mangsa-mangasa banjir bersabar dengan dugaan yang dihadapi.
Tahniah diucapkan kepada Tengku Abdullah dan Tunku Azizah kerana turun padang bersama-sama rakyat yang sedang dalam kesusahan menghadapi masalah banjir ini. Contoh terbaik untuk mendekatkan lagi hubungan erat diantara rakyat dan Istana. Keadaan banjir di Pantai TImur yang merangkumi Terengganu, Kelantan dan Pahang dilaporkan semakin buruk semenjak petang semalam dimana 10,800 mangsa dipindahkan pada sebelah petang berbanding 6,000 pada sebelah paginya.
Sumber :- Bernama
↧
December 25, 2012, 9:59 pm
26.12.2012, Rabu - Salam semua dan apa khabar anda hari nie, dah lunch ke belum. Apa menu tengahari nie? Syah tak lunch kerana hendak dinner malam nanti. Bukan dinner kat hotel ke amendanya ....... dinner kat rumah, sebab hari tu beli sayur dan tak usik lagi. Lagipun Syah breakfast dengan cereal campur kismis dan badam agak lewat sedikit hari nie dan still rasa kenyang cuma meratah badam jer sambil buat entry nie. Kalau Syah lunch biasanya tak dinner cuma ambil biskut atau fruit sahaja tetapi memandangkan ada stock sayuran, Syah nak masak balik nanti, kalau tak alamat busuklah sayur tu, membazir jew kan ..................tak elok kerana membazir tu amalan syaitan, syaitan lah sangat kan? hehehehe.......... Nak masak pagi tadi tak sempat sebab lately Syah tak berapa sihat, sakit biasa tu ler nak buat macam mana kan?. Perjalanan pagi tadi lancar cuma bas sampai awal sangat tetapi sempat naik. Dalam bas Syah tertidur dan tersedar bila sampai KTM Rawang, untung tersedar kalau tak menapaklan jawapnya ke KTM semula dan dalam komuterpun Syah tertidur dengan lenanya. Mungkin Syah tak sihat ditambah pula malam tadi rasa macam nak demam pun ada, tu yang tertidur tu kot? Lagipun foodcourt aras 3 yang selalu Syah beli makanan tu akan ditutup selama 10 minggu mulai hari nie hingga 06 Mac 2013 untuk kerja-kerja pembaikan sistem lapisan kalis air dan lencongan air, katnya ler......?. Alamat penuh sesaklah food court tepi sungai (longkang) kat Menara TM nie sebab aras 3 dah tutup. Ok lah semua hingga berjumpa lagi di lain Entry Byeeeeeeeeee
↧
↧
December 26, 2012, 6:46 am
26.12.2012, Rabu - Salam semua ................ nak cerita ker tak, nak cerita ker tak, ..................... ok lah Syah share dengan anda semua trajedi dalam toilet hari nie, bukan trajedi buah epple nyanyian Anita Sarawak tu tau. By the way sebelum tu nak perkenalkan ini lah dia my favoutite toilet kat office. Most of the time toilet nielah sahaja yang Syah gunakan untuk buang air besar/kecil dan ambil air sembahyang. Ini sebenarnya disable toile dan disebabkan Syah ada masalah lutut jadi layaklah Syah guna toilet nie lagipun toilet nie besar dan selesa serta tak perlu kongsi dengan orang lain. Jam 14:30hrs tadi Syah ke toilet untuk ambil air sembahyang tetiba terasa hendak buang air besar. lalu Syahpun melepaskan hajat dan tiba-tiba tengah sedang elok Syah duduk atas toilet bowl tu ............. ada orang buka pintu, cleaner perempuan. Terus dia kata opsssss ....nak ambil sampah. Alamakkkkkkkkkk Syah terlupa nak kunci pintu toilet tu. Malunya rasa masa tu dan untung tak bogel cuma separuh B jer......hehehehehe. Lepas solat Syah letak kotak kat luar office untuk cleaner buang dan jumpa Kakak tu dengan kawannya dan terus Syah kata sorry lah yer kak tadi tu, tersipu-sipu kakak tu dan kawannya kata kat Syah lain kali kunci dari dalam yer sambil kami semua ketawa................ Adoiiiii......... lupa punya pasal sebab masa masuk toilet tu tak plan nak buang air besar. Ahaks ......................
↧
December 28, 2012, 12:18 am
28.12.2012, Jumaat- Salam semua .........So Sorry tak dapat update blog sebab busy dengan dateline untuk account closing dan bila sampai rumah penat sangat rasanya. Insyallah malam nie atau esok pagi Syah update blog. Jumpa lagi yer...............
↧
December 28, 2012, 5:17 am
28.12.2012, Jumaat - Salam dan apa khabar. Sekarang jam 21:04hrs dan Syah berada di Rawang Residence sekarang nie. Berita tak baik coz tiba-tiba Syah demam, selsema, sedikit batuk dan tekak mula nak sakit bila menelan. Masa dalam komuter tadi tekak Syah sudah sakit dan bila sampai Rawang badan Syah rasa panas sedikit. Ingat hendak ke kelinik tetapi doktor tak ada lagi dan malas nak tunggu coz bas 19:30hrs sudah hendak sampai. Bas gerak lewat sedikit dan bila sampai nak masuk ke area Rawang Residence Syah bas berpatah balik ke Pekan Rawang. Semua orang tertanya-tanya mengapa tetapi tak seorangpun tanya driver apa hal, by the way driver ganti hari nie. Dahlah Syah tak sihat tambah tension dibuatnya. Akhirnya bas berhenti kat stesyen minyak dan rupanaya nak isi minyak. Heran betul napelah tak isi dari tadi, dah nak masuk area taman baru berpatah balik sebab baru perasan minyak nak habis, lawak betul. Adoiiiiiiiiiii............... Yang ini anak uncle tu tengah isikan minyak bas ayahnya. Syah ambil gambar nie melalui tingkap bas tanpa flash tu yang gelap sedikit.
Sebentar tadi ayahanda call tanya khabar dan Syah informed hendak demam dan dia tanya tak ke kelinik ker? dan Syah informed esok. Teringat petua seorang kawan Syah, Saperi yang masa tu Syah demam mengeletar dan dia suruh Syah mandi dan lepas tu jangan lap dan selimut badan bagi berpeluh dan biarkan air kat badan tu kering sendiri. Dah buatpun baru sekejap tadi. Ok lah semua tapak tangan Syah dah mula rasa panas dan dah tak larat rasanya Syah nie, Insyallah tunggu entry selanjutnya dari Syah. doakan Syah sihat yer semua............. Byeeeeeeeee
↧
December 28, 2012, 8:36 am
28.12.2012, Jumaat - Pada 22 Disember 2012 lepas telah diadakan satu majlis resepsi Perkahwinan di Shangrila Kuala Lumpur diantara Yang Mulia Syed Haizam Jamalullail dan Yang Mulia Nurlin Mohd Salleh. Nurlin merupakan cucunda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah manakala Syed Haizam merupakan cucunda Sultan Selangor Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj disebelah bondanya manakala disebelah Ayahanda beliau merupakan cucunda kepada Raja Perlis Al-Marhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.
Majlis ini dihadiri oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Syed Haizam berusia 29 tahun dilahirkan pada 18 Mei 1983 merupakan putera kepada Tengku Puteri Puan Sri Nor Zehan dan Tan Sri Syed Anwar Jamalullail manakala Nurlin merupakan puteri kepada Raja Dato' Seri Azureen dan Dato' Seri Mohd Salleh bin Dato' Ismail. selamat pengantin baru Syah ucapkan kepada Nurlin dan Syed Haizam semuga kekal hingga akhir hayat.Ikatan perkahwinan diantara keluarga diraja Selangor dan Perak telah terjalin semenjak dari dahulu lagi sehingakan ada beberapa keluarga diraja Perak menjadi Tengku Ampuan di Negeri Selangor Darul Ehsan. Nenda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga dari keluarga diraja Perak iaitu Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) Almarhumah YAM Raja Embin berkahwin dengan Amlarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Nenda Sultan Sharafuddin sebelah bonda baginda) pada 1917, kemudiannya berpisah dan balik ke Perak, apabila mangkat Almarhumah YAM Raja Embin Izmah dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Klang. Hasil perkahwinan Almarhumah YAM Raja Embin Izmah dengan Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan tiga orang puteri termasuklan Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.
Sumber : Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / photo dari Wansaiful / google / Royalark
↧
↧
December 29, 2012, 3:02 am
29.12.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri majlis menerima cek zakat perniagaan yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Zakat adalah diterima daripada anak syarikat kerajaan negeri Kedah iaitu Kedah Bina Darul Aman, Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada Dato' Saad Endut yang merupakan Pengerusi Bina Darul Aman Berhad. Turut memerhati adalah Pengerusi ANGKASA Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum (belakang disebelah kanan).
Sumber ;- Bernama
↧
December 29, 2012, 7:20 pm
30.12.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua. Syah masih lagi demam tapi going to be ok. Sebelum makan ubat inilah sarapan Syah pagi nie macam biasa tu ler, Cereal, Kismis dan Badan yang dimakan dengan Susu Omega Plus dan hari nie ada extra sedikit iaiitu Fresh Orange Juice tetapi taklah diperah dari buah oren cuma beli Tropicana Twister Juicy Burst. Semalam Syah kekelinik di Pekan Rawang untuk buat pemeriksaan dan ambil ubat. On the way balik beli buah nenas dan lepas makan nenas tu tekak Syah rasa sakit, mungkin kalau sakit tekak tak boleh ambil nenas kot? Lalu Syah kumur-kumur dengan air. Sekarang dah ok sedikit. Semalam tak kemana disebabkan tak sihat dan hari nie dah nak ok. Ayahanda call pagi tadi tanya pasal kesihatan syah. Oklah semua Syah hendak berehat sekejap kerana baru lepas makan ubat dan mesti mengantuk nie sebab makan ubat batuk. Harap anda dan keluarga habiskan cuti rehat hari nie dengan program yang berfaedah dan tak lama lagi sessi persekolahan akan bermula dan sedang eloklah cari keperluan persekolahan untuk anak-anak hari nie bagi yang belum menyediakannya. Hingga berjumpa lagi dientry seterusnya, Tungguuuuuuuuuuuu ...........
↧
December 29, 2012, 9:25 pm
30.12.2012, Ahad - Inilah dia Yang Mulia Nurlin binti Dato' Seri Mohd Salleh iaitu cucunda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun. Cantik kan? mewarisi kecantikan dan keayuan Nendanya, Tuanku Bainun. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Mulia Syed Haizam Jamalullail yang merupakan cucunda Almarhum Sultan Selangor dan Almarhum Raja Perlis. Lulusan daripada University of Cambridge ini berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Perunding Pengurusan di Boston Consulting Group di Kuala Lumpur. Nurlin meminati sukan berkuda dan telah mula berjinak-jinak dengan kuda seawal usia enam tahun dan bergiat secara kompetitif dalam usia sembilan tahun. Ekwin negara ini Pernah mewakili Malaysia buat pertama kalinya dalam Sukan SEA 2011 di Indonesia serta beberapa kejohanan lainnya seperti di Belanda, Monaco dan Belgium. Dalam Sukan SEA Indonesia beliau memenangi pingat perak dalam kategori Jumping Team Mixed bersama-sama Sharmini Christina, Natasha Ines dan Mohd Nubil Fikri. Gambar nie diambil ketika Nurlin sedang bersiap sebelum majlis resepsi perkahwinan beliau di Shangrilla Hotel pada 22 Disember lepas.
Ini pula adalah gambar Tuanku Bainun ketika majlis persandingan baginda yang diadakan di Rumah Kedah, Pulau Pinang pada 09 Disember 1955. Kecantikan dan kejelitaan Tuanku Bainun telah diwarisi oleh cucunda baginda, Nurlin. Samakan wajah mereka.
Sumber :- Photo dari Koleksi Peribadi MBS dan Balqies Arafia / hmetro.com / sporthorsecm.com / thestar.com
↧
December 30, 2012, 9:38 pm
31.12.2012, Isnin - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 360 orang anak yatim dari daerah Kuala Muda, Sik, Baling dan Kota Setar. Dalam majlis yang diadakan di Istana Seri Pelangi, Alor Setar ini, Tuanku Hajah Haminah juga telah berkenaan memberi sumbangan khas kepada anak-anak yatim yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012. Bantuan ini bagi meringankan beban keluarga anak-anak yatim berkenaan dalam menyediakan persiapan persekolahan mereka yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Sumber :- Bernama
↧
↧
December 31, 2012, 6:19 pm
01.01.2013, Selasa - Tahukah anda pada tarikh 01 Januari 1866 Bandar Tanjong Puteri didalam negeri Johor telah ditukar namanya kepada Johor Baharu. Sebelum ini pusat pentadbiran kerajaan Johor berpusat di Teluk Belangah, Singapura dan mulai tarikh berkenaan Johor Baharu telah dijadikan sebagai Ibu Negeri dan Pusat Pentadbiran Johor yang baru. Keputusan mengalihkan pusat pentadbiran baru ini adalah atas inisiatif Maharaja Johor ketika itu, Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor 1 yang kemudiannya bergelar Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Daing Ibrahim. Baginda mengambil keputusan ini kerana kedudukan strategik Tanjong Puteri untuk dijadikan pusat pentadbiran dan perniagaan. Baginda telah berjaya dalam misi dan visi baginda membangunkan Johor Baharu sehingga menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan tersohor dengan mengadaptasi corak pentadbiran pihak Inggeris dalam mentadbir Johor Baharu. Semasa pemerintahan baginda juga pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan mula ditubuhkan diantaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Audit, Mahkamah Besar, Pejabat Percetakan Kerajaan, Jabatan Kerja Raya, Polis, Pejabat Ukur, Pejabat Tanah, Pejabat Pelajaran dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, gelaran BAPA JOHOR MODEN yang diberikan kepada baginda memang tepat sekali dan tak perlu dipertikaikan lagi.
Sumber :- Arkib Negara / Wikipedia
↧
December 31, 2012, 8:20 pm
01.01.2013, Selasa - Tahukan anda siapakah gerangannya jejaka hendsome nie? Cuba teka Siapakah dia? Hemmmmmmm .......... Inilah dia Sultan Perak Ke-34 iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Walaupun baginda seorang putera Raja, baginda lebih banyak dibesarkan dikalangan rakyat biasa di Batu Gajah, Perak bersama keluarga Allahyarhamah bonda baginda, Yang Teramat Mulia Toh Puan Besar Hatijah binti Dato' Setia Wangsa Ahmad. Bonda baginda memanggil baginda dengan panggilan "LAN" manakala sanak saudara yang lain memanggil baginda dengan nama "RAJA LAN" atau "KU CIK". Baginda digambarkan sebagai seorang anak kecil yang manja dan begitu rapat dengan ayahanda saudara dan bonda saudara baginda. Sanak saudara sebelah bonda baginda mengambarkan Tuanku Azlan sebagai "Budak Nakal" ketika kecilnya. Tuanku Azlan dikatakan suka berlumba basikal selepas waktu sekolah. Selepas penat bermain sukan kegemaran baginda iaitu hoki, baginda akan kerumah salah seorang sepupu atau bonda saudara baginda untuk makan kuetiau goreng yang merupakan makanan kegemaran baginda ketika itu.
Pernah satu ketika pada zaman pemerintahan Jepun yang terkenal dengan sikap suka menyiksa dan menganaya rakyat tempatan, baginda sempat menyakat salah seorang sepupu perempuan baginda. Pada suatu hari baginda berlakon sebagai askar Jepun dengan suara yang begitu garang dan bengis mengetuk pintu rumah sepupu baginda dengan kuat. "Buka pintu!, Buka pintu! Jepun datang" Ucap baginda beberapa kali. Dalam keadaan ketakutan dan terketar-ketar sepupu baginda tu terpaksa membuka pintu dan rupa-rupanya "Ku Cik" yang berada dihadapan pintu itu.
Pada Zaman Jepun baginda pernah dimasukkan dalam tahanan oleh pihak Jepun kerana pada ketika itu baginda bekerja sebagai penjaga stor dan nak dijadikan cerita, barang-barang yang dijaga oleh baginda telah dicuri orang. Ikhtibar dari peristiwa ini menyebabkan baginda mempelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang harus dijaga dalam menjalankan sesuatu tugas. Pada musim buah-buahan pula, kebiasaannya selepas mengulangkaji pelajaran, baginda akan mengajak kawan-kawan rapat baginda yang tinggal di asrama untuk mengutip dan makan buah-buahan dikebun keluarga baginda seperti rambutan, manggis atau langsat.
Itulah serba sedikit mengenai kisah kehidupan Tuanku Azlan sewaktu kecil yang Syah hendak share dengan anda semua.
Sumber :- Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / Biografi Bergambar DYMM Sultan Azlan Shah
↧
01.01.2013, Selasa - Hari ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei memaklumkan bahawa Brunei Waterfront kini dikenali sebagai Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan berkuat kuasa mulai hari ini 01.01.2013 atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Kepada anda yang pernah ke Brunei tentu anda pernah singgah ketempat ini dan menikmati keindahannya terutama pada waktu malam. Sebelum dikenali sebagai Brunei Waterfront, Dermaga Diraja Bandar Seri Bagawan ini mempunyai sejarah tersendiri sebagai Dermaga Kastam dan Eksais Diraja.
Dermaga ini pernah digunakan oleh Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II untuk berangkat ke Mekah menunaikan fardhu haji pada tahun 1951 dan ketika itu iannya dikenali sebagai Dermaga Kastam Brunei. Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien juga pernah menyertai lumba perahu yang dipanggil "Berjanuari" di Dermaga ini. Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah juga telah menyertai perlumbaan perahu didalam Program Regata Brunei Darussalam pada 22 Januari 2012 lepas yang diadakan di Dermaga ini. Dermaga ini juga digunakan untuk menerima keberangkatan tiba kerabat diraja dan ketua-ketua negara yang melawat Brunei termasuklan Duchess of Kent. Ianya juga tempat jemaah haji bertolak dan tiba pada satu ketika dahulu serta merupakan pelabuhan utama keluar masuk penumpang dan barangan import dan ekspot melalui laut.
Sumber :- Media Permata Online
↧