↧
Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-65
↧
735 Orang Menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz Yang Ke-65 Tahun
14 Januari 2013, Isnin - Sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-65 tahun hari ini, satu istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat telah berlangsung pagi ini di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan yang membawa delaran Dato' Seri Utama telah mendahului senarai 735 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari keputeraan tahun ini. Diantara darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dianugerahkan sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah :-
- 2 orang menerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Dato Seri Utama.
- 5 Orang menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Dato' Seri.
- 12 orang menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Dato'.
- 3 orang menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Dato'.
- 18 orang menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato'.
- 240 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DSN)
- 4 orang menerima Darjah Tuanku Muhriz
- 11 orang menerima Darjah Pekerti Terpilih
- 92 orang menerima Ahli Setia Negeri Sembilan
- 5 orang menerima Setiawan Tuanku Muhriz.
- 215 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat.
- 324 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian
- 20 orang menerima Pingat Khidmat Lama
Tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-65 tahun.
Sumber :- Bernama
↧
↧
Persiapan Sempena Majlis Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85
14.01.2012, Isnin - Jika hari ini Negeri Sembilan sedang sibuk dengan sambutan Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-65 tahun, di Kedah pula persiapan sedang rancak dibuat untuk sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 tahun pada hari Ahad ini nanti. Lihat sahajalah kain-kain rentang yang telah dipasang menghiasi bandar Alor Star dengan begitu indah sekali sebagai tanda kasih sayang rakyat jelata yang tidak berbelah bagi terhadap Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Pada hari Ahad ini Sultan Kedah yang bertahta di singahsana Malaysia sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV akan dijadualkan berangkat ke Majlis Jamuan Negeri, Perasmian Masjid dan Temasya Sukan Sungai sempena sambutan hari keputeraan baginda.
Dirgahayu Tuanku Patik.
Dirgahayu Tuanku Patik.
Sumber :- Bernama
↧
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Sampaikan Ijazah Doktor Kehormat Sains Kepada Prof Sir Anthony James Leggett
15.01.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat Sains kepada Prof Sir Anthony James Leggett. Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP menyampaikan ijazah ini dalam Istiadat Khas Konvokesyen UniMAP yang diadakan di Istana Arau, Arau, Perlis. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu dan Naib Canselor UniMAP, Prof Dato' Dr Kamarudin Hussin. Sir Anthony merupakan seorang profesor fizik dari University of Illinois dan telah beberapa kali menerima pelbagai anugerah diseluruh dunia termasuk anugerah Nobel dalam bidang fizik pada 2003.
Sumber :- Bernama / Wikipedia.
↧
Sharifah Hanim
15 Januari 2013, Selasa -
Tentunya kita semua pernah menonton filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan ingat tak cerita berjenre jenaka Masam-Masam Manis. Kisah mengenai seorang teruna dan dara yang menyewa bilik dan bilik mereka bersebelahan. Nak jadi cerita mereka nie tak pernah kenal antara satu sama lain tetapi kerap bergaduh melalui dinding bilik masing-masing. Dalam masa yang sama diluar rumah mereka sebenarnya bercinta. Dipendikkan cerita akhirnya setelah menjalani pelbagai dugaan mereka berkahwin dan dua bilik tu akhirnya dipecahkan tetapi tuan rumah informed sewa tetap dua.............. heheheheheh. Salah satu dialogue sidara yang bernama Norkiah itu :-
"Hoi orang sebelah! Awat yang hang jolok kayu terjelir terjuntai kebilik aku, haaaa?
Memang kecoh mereka berdua nie, bergaduh hari-hari bagai nak rak. Tapi itulah yer kata orang dahulu kalau kita nie jangan benci melampau kat sesorang kerana lama-lama nanti jadi suka balik kat orang tu pula. Syah hendak bercerita pasal pelakon perempuan yang bernama Norkiah tu. Pelakon nie namanya seperti yang dikenali satu Malaya adalah Sharifah Hanim tetapi banyak yang tak kenal siapakah sebenarnya wanita cantik ini. Nama sebenarnya adalah Yang Mulia Sharifah Hanim binti Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail. Beliau adalah kerabat Diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua dan British masuk semual ke Tanah Melayu, Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail telah diturunkan dari tahta dan digantikan dengan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail iaitu Ayahanda kepada Raja Negeri Perlis sekarang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Sharifah Hanim diputerikan di Bandar Diraja Arau, Perlis pada 1935 dari bondanya Sharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff yang merupakan isteri ketiga Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail. Mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga peringkat Senior Cambridge. Beliau pernah bertugas sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaysia dan pernah berkhidmatan sebagai operator telefon di Bank Negara Malaysia. Sharifah Hanim juga merupakan juara pertandingan Ratu UMNO pada tahun 1956.
Sharifah Hanim mendirikan rumahtangga pada tahun 1957 dengan Jazamudin Baharuddin yang merupakan seorang penulis yang menggunakan nama pena Adi Muara. Hasil daripada perkahwinan ini Sharifah Hanim dikurniakan dengan dua orang cahayamata perempuan, Sulasteri dan Siti Asma. Suami beliau telah memperkenalkan Sharfah Hanim kepada dunia perfileman tanahair dan filem Masam-Masam Manis merupakan penampilan pertama beliau dalam industri perfileman Melayu pada tahun 1965. Tan Sri P Ramlee sendiri telah mendapatkan kebenaran daripada Istana Perlis sebelum Sharifah Hanim memulakan pengambaran filem berkenaan. Jodoh Sharifah Hanim bersama suaminya tidak panjang dan pada tahun 1974 mereka bercerai. Penglibatan Sharifah Hanim dalam dunia lakonan agak terhad kerana beliau lebih menumpukan perhatian terhadap anak-anaknya.
Sharifah Hanim mangkat di Kuala Lumpur akibat masalah kencing manis dan hati dalam usia 69 tahun. Setelah dua bulan gering, Sharifah Hanim mangkat pada tahun 2004, sebelum itu beliau menderita masalah tulang pinggul akibat terjatuh. Jenazah Sharifah Hanim telah dibawa ke Perlis dan dimakamkan di Makam Diraja Lama Arau. Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail merupakan komposer kepada lagu rasmi negeri Perlis, mungkin darah seni yang mengalir dalam diri Sharifah Hanim diturunkan daripada Almarhum Ayahandanya. Adakah boleh kita katakan bahawa Sharifah Hanim merupakan kerabat diraja pertama Malaysia yang menceburi bidang hiburan tanahair sebagai seorang anak wayang............. ?
Al-Fatihah ............ Semuga roh Allahyarhamah Sharifah Hanim binti Almarhum Tuanku Syed Hamzah Jamalullail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Cinemamalaysia.com / The Royal Ark
↧
↧
Melaka Jatuh Ketangan Belanda
16 Januari 2013, Rabu :-
Pada 16 Januari 1641, Melaka yang dibawah kekuasaan Portugis semenjak tahun 1511 telah telah jatuh ketangan Belanda. Belanda mula melakukan serangan kepada Portugis di Melaka semenjak tahun 1640 lagi atas arahan Antonio Van Dieman yang merupakan Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor. Sultan Johor ketika itu, Sultan Abdul Jalil Shah III memberi bantuan dengan menghantar 40 buah perahu perang dengan 1500 tentera dibawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil manakala tentera Belanda dibawah pimpinan Jacop Koper dan Andriaan Antonisz telah mengepung Melaka selama beberapa bulan menyebabkan pihak Portugis di Melaka mengalami masalah kekurangan bekalan makanan. Kesempatan ini telah diambil oleh Jeneral Coertekoe untuk melancarkan serangan keatas pihak Portugis di Melaka dan dapat menawan Melaka sepenuhnya. Kejatuhan Melaka dari tangan Portugis kepada Belanda dilihat sebagai titik tolak kepada usaha perjuangan mempertahankan tanah air. Segala dugaan yang dihadapi sewaktu dijajah telah memberikan semangat perjuangan kepada rakyaat sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Salah satu peninggalan pihak Belanda di Melaka iaitu Bangunan Stadthuys yang terletak Bandar Hilir, Melaka. Bangunan ini dibina pada 1650 yang merupakan kediaman rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor Belanda. Struktur bagunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus. Warna asal bangunan ini adalah putih.
Sumber :- Arkib Negara / Kenali Melaka
↧
Duchess of Cambridge Dijangka Bersalin Pada Julai 2013
16 Januari 2013, Rabu :-
Istana St James dalam kenyataanya pada Isnin lepas memaklumkan bahawa Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada Julai depan. Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa pasangan Duke and Duchess of Cambribge hanya mengharapkan seorang bayi sahaja walaupun alahan luarbiasa yang dihadapinya baru-baru ini dihubungkaitkan dengan kelahiran bayi kembar. Keadaan kesihatan Kate dilaporkan beransur sihat selepas dimasukkan ke Hospital King Edward VII kerana alahan yang teruk pada Disember 2012. Kadungan Kate dianggarkan berusia sekitar tiga bulan. Kate yang berusia 31 tahun dan Prince William 30 tahun melangsungkan perkahwinan mereka di Westminister Abbey pada 29 April 2011 yang menjadi sebutan diseluruh pelusuk dunia dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara dan Kerabat Diraja seluruh dunia dengan disaksikan berjuta-juta manusia melalui siaran langsung pada hari berkenaan termasuklah Syah sendiri. Sebelum istiadat perkahwinan berlangsung, Baginda Queen Elizabeth II telah berkenan menganugerahkan gelaran Duke of Cambridge kepada cucunda baginda, Prince William dan Duchess of Cambridge kepada Kate atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton.
Istana St James dalam kenyataanya pada Isnin lepas memaklumkan bahawa Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada Julai depan. Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa pasangan Duke and Duchess of Cambribge hanya mengharapkan seorang bayi sahaja walaupun alahan luarbiasa yang dihadapinya baru-baru ini dihubungkaitkan dengan kelahiran bayi kembar. Keadaan kesihatan Kate dilaporkan beransur sihat selepas dimasukkan ke Hospital King Edward VII kerana alahan yang teruk pada Disember 2012. Kadungan Kate dianggarkan berusia sekitar tiga bulan. Kate yang berusia 31 tahun dan Prince William 30 tahun melangsungkan perkahwinan mereka di Westminister Abbey pada 29 April 2011 yang menjadi sebutan diseluruh pelusuk dunia dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara dan Kerabat Diraja seluruh dunia dengan disaksikan berjuta-juta manusia melalui siaran langsung pada hari berkenaan termasuklah Syah sendiri. Sebelum istiadat perkahwinan berlangsung, Baginda Queen Elizabeth II telah berkenan menganugerahkan gelaran Duke of Cambridge kepada cucunda baginda, Prince William dan Duchess of Cambridge kepada Kate atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton.
Jika bayi berkenaan dilahirkan pada bulan Julai, adalah menjadi tandatanya kepada semua samada bayi itu akan lahir pada 01 Julai atau 17 Julai kerana 01 Julai adalah hari lahir bonda Prince William iaitu Mendiang Princess Diana manakala tanggal 17 merupakan hari lahir Bonda Tiri Prince William, Camilla, Duchess of Cornwall. Hehehehe ........macam-macam hal kan? ada-ada jer jika dah jadi "public figure", beginilah jadinya semua benda orang hendak tahu. Jangan masa bersalin nanti ada yang rakamkan untuk tontonan semua sudahlah ye? by the way gambar diatas tu diambil sewaktu pasangan diraja ini berjalan keluar dari Wad Disember lepas kerana alahan yang teruk.
Sumber :- Kosmo / File Maharum Bugis Syah
↧
YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Mangkat
17 Januari 2012, Khamis :-
Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah telah mangkat sebentar tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Masjid di Istana Alam Shah dan akan di makamkan selepas Solat Asar di Makam Diraja Selangor, Klang, Insyallah. Allahyarhamah telah gering hampir empat bulan dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Allahyarhamah berusia hampir 88 tahun dan merupakan puteri kepada Sultan Selangor ke-5 dari permaisuri baginda, Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Perak). Gambar diatas adalah pintu gerbang Makam Diraja Selangor di Bandar Diraja Klang. Disinilah Allahyarhamah akan dimakamkan.
Al-Fatihah ...... semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber : Kuess / Istana Alam Shah
↧
Jenazah Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah Selamat Disempurnakan Petang Tadi
Shukur Alhamdulillah, istiadat permakaman Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah telah selamat disempurnakan petang tadi di Makam Diraja Klang, Selangor mengikut adat istiadat diraja Selangor sebagai seorang puteri kepada Sultan Selangor Darul Ehsan. Dikalangan kerabat diraja dan kenalan rapat, Allahyarhamah lebih dikenali dengan panggilan Tengku Shikin manakala cucunda-cucunda Allahyarhamah memanggilnya dengan panggilan "Wen".
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anakanda yang masih hidup iaitu, YM Prof Raja Ahmad Alauddin, YM Dr Raja Alang Yaakub dan seorang anak angkat YM Raja Molek yang merupakan anak saudara Allahyarhamah sendiri manakala seorang anak perempuan Allahyarhamah telah mangkat iaitu Allahyarhamah YM Raja Nor Mariah. Al-Fatihah .......... semuga roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- Tengku Soraya
↧
↧
Terima Duan Naskah Buku Mengenai Sultan Dari Brunei
18 Januari 2013, Jumaat :-
Shukur Alhamdulillah setelah menunggu selama hampir lima hari, akhirnya selepas Solat Jumaat tadi Syah menerima dua buah buku dari sahabat Syah di Brunei Darussalam. Member office Syah Rohizad menerimanya dan waktu tu Syah tiada dipejabat. Sebuah buku bertajuk Sultan Tengah - Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir dan satu lagi bertajuk Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin 1924-1950. Nampak gayanya bertambahlah lagi koleksi peribadi Syah di Maharum Bugis Syah Mini Royal Library. Ramai yang tidak tahu sebenarnya Sarawak pernah ada Sultan sebenarnya tetapi uniknya baginda merupakan Sultan pertama dan terakhir. Selama ini semua orang tahu mengenai Rajah Brooke sahaja kan? Begitu juga dengan Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei yang memerintah pada tahun 1924-1950. Baginda merupakan bapa saudara kepada Sultan Brunei sekarang. Disebabkan baginda tiada anak lelaki maka selepas baginda mangkat, Bapa Sultan Brunei sekarang menggantikan tempat baginda sebagai Sultan Brunei yang baru. Jika baginda ada anak lelaki tentu Sultan Brunei sekarang adalah individu yang lain. Sultan Ahmad Tajuddin juga berkahwin dengan Tengku Raihani iaitu puteri kepada Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5 dan Tengku Raihani bergelar Tengku Ampuan Raihani dan makamnya ada di Makam Diraja Klang. Seperkara lagi Sultan Ahmad Tajuddin mangkat di Singapura dan jenazah baginda telah diletakkan di Istana Besar Johor Baharu sementara menunggu urusan membawa jenazah baginda balik ke Brunei dijalankan.
Syah belum baca lagi buku mengenai Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin tetapi buku mengenai Sultan Tengah ini Syah memang ada tetapi bukan dalam bentuk buku cuma salinan photostate yang Syah minta dari Muzium Sarawak sewaktu melawat Sarawak beberapa tahun lepas dan pernah buat entry mengenai Sultan Tengah pada 2012 lepas. Syah tahu mengenai Sultan Tengah nie secara kebetulan sahaja semasa Syah on the way ke Santubung terjumpa makam baginda dan kemudiannya Syah ke pejabat Muzium Sarawak untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai baginda. Disebabkan buku berkenaan merupakan buku lama dan pihak Muzium Sarawak hanya ada satu salinan sahaja, mereka hanya boleh serahkan salinan photostate sahaja kepada Syah. Buku ini dikeluarkan sempena perasmian makam berkenaan oleh Sultan Brunei. Kini Syah dapat bukunya dan berterima kasih sangat kepada Naning atas usaha beliau membeli dan menghantar buku ini kepada Syah sebagai cenderahati.
By the way, terima kasih Naning atas kesudian anda membeli dan menghantar buku ini kepada Syah. Macam menerima hadiah istemewa rasannya. Really appreciate it.
Entry Syah mengenai Sultan Tengah :-
Entry Syah mengenai Tengku Ampuan Raihani :-
↧
Tuanku Abdul Halim Kurniakan Suratcara Perlantikan Anggota LPPR dan JKMR
19 Januari 2013, Sabtu -
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Istana Negara. Dalam majlis ini juga, Tuanku Abdul Halim telah berkenan mengurniakan suratcara perlantikan kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahin sebagai anggota LPPR dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff sebagai anggota JKMR. Perlantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota LPPR berkuatkuasa 14 September 2012 hingga 25 Februari 2015 manakala perlantikan Mohd Yusmadi sebagai anggota JKMR berkuatkuasa mulai 24 Februari 2012 hingga 25 Februari 2015.
Tunku Abdul Aziz yang merupakan kerabat diraja Kedah merupakan anggota Dewan Rakyat kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang dari PKR dan bekas Presiden dan Pengasas Transparency International Malaysia (TI-M) serta timbalan pengerusi Transparency International (TI). Perlantikan ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan Seksyen 14(2) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Shukri Abdull.
LPPR berfungsi menasihati SPRM tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia, menasihati suruhanjaya tentang dasar dan strategi suruhanjaya dalam usahanya membenteras rasuah, menerima dan meneliti cadangan daripada suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan suruhanjaya, meneliti keperluan sumber suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya serta meneliti laporan tahunan suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada JKMR. Manakala JKMR berfungsi menasihati perdana Menteri berhubung apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan suruhanjaya serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan suruhanjaya dan ulasan LPPR.
Sumber :- Bernama
↧
Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet
19 Januari 2013 :-
Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I. Majlis diadakan di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam majlis ini seramai 55 orang pegawai kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan 10 pegawai kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan menyertai perbarisan.
Kelihatan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Pedang Kehormat kepada Pegawai Rendah Kanan Mohd Faris Mohd Noor yang menerima anugerah Terbaik Keseluruhan Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat manakala Pegawai Kadet Graduan Mohd Noorkhalis Syafique Kamal Abdul Rasid menerima pedang kehormat untuk anugerah Terbaik Keseluruhan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I.
Anugerah Akademil Terbaik pula telah diberikan kepada Pegawai Kadet Graduan Aleziana Caroline anak Castelo dari Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I manakala bagi Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat diberikan kepada Pegawai Rendah Muda Asyroff Zakaria
Sumber :- Bernama
↧
Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85 Tahun
D A U L A T T U A N K U
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV
dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Sempena
ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE 85 TAHUN
Pada
20 Januari 2013 bersamaan 08 Rabiulawal 1434H
Semoga ALLAH S.W.T. Memberkati Pemerintahan Tuanku
Salam Takzim Daripada
Prince Maharum Bugis Syah
MAHARUM BUGIS SYAH
↧
↧
Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim - Tarikh Hari Lahir Sebenar Tuanku Abdul Halim Bukan 20 Januari 2013
20 Januari 2013, Ahad :-
Hari ini merupakan cuti umum di negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-85 tahun. Walau bagaimanapun tarikh ini merupakan tarikh rasmi Hari Keputeraan Tuanku bukan tarikh lahir sebenar baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhubbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Jika ikut tahun sudah 86 tahun tetapi sambutan hari keputeraan tahun ini adalah disebut yang ke-85 tahun. So anda semua jangan kelirulah ya. Tuanku Abdul Halim ini sebenarnya telah kehilangan bonda tersayang ketika berusia lebih kurang enam tahun tiga bulan kerana bonda baginda, Allahyarhamah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud mangkat dalam satu kemalangan jalanraya di Alor Setar, Kedah pada 10.03.1934. Ketika itu Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah bergelar Raja Muda Kedah. Allahyarhamah Tunku Sofiah melahirkan enam orang cahayamata hasil perkongsian hidup Allahyarhamah selama 10 tahun dengan suami tercinta Tunku Badlishah (Sultan Badlishah). Gambar diatas adalah gambar Tuanku Abdul Halim Bersama Adinda baginda, Raja Muda Kedah Darul Aman, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Comel sangat baginda berdua semasa kecil. Gambar ini diambil ketika Allahyarhamah Tunku Sofiah masih hidup lagi.
Hampir tujuh bulan kemudian, Tunku Badlishah (Sultan Badlishah) berkahwin dengan kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 31.10.1935. Tengku Asma merupakan adinda kepada Bekas Sultan Terengganu semasa pemerintahan Jepun yang telah digulingkan oleh British iaitu Almarhum Tengku Ali dan Bonda Saudara kepada DYMM Raja Perempuan Perlis, DYMM Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. DYTM Tunku Haji Abdul Malik merupakan satu-satunya adinda lelaki satu bonda dengan Tuanku Abdul Halim yang masih hidup. Lain-lain adinda lelaki Tuanku Abdul Halim yang dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah sekarang ini adalah anakanda kepada Almarhumah Sultanah Asma bukannya Allahyarhamah Tunku Sofiah.
Sumber :- Koleksi Peribadi MBS
Sumber :- Koleksi Peribadi MBS
↧
Tunku Anuar Sempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85
20 Januari 2013, Ahad :-
Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85 hari ini, satu Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah telah diadakan di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Istiadat ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai wakil kepada Tuanku Abdul Halim. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir yang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Dato' Paduka telah mendahului senarai 87 penerima dalam istiadat pagi tadi.
Jumlah penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 adalah seperti berikut :-
- 2 orang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) membawa gelaran Dato' Paduka.
- 5 orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah membawa gelaran Dato' Wira.
- 3 orang menerima Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Dato'.
- 60 orang menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Dato'.
- 17 orang menerima Jaksa Pendamai.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85.
Sumber :- Bernama
Sumber :- Bernama
↧
Queen Beatrix Melawat Brunei Darussalam
21 Januari 2013, Isnin :-
Her Majesty Queen Beatrix dari Belanda telah selamat tiba ke Negara Brunei Darussalam pagi tadi untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula hari ini. Keberangkatan tiba baginda Queen Beatrix di Lapangan Terbang Antarabangsa Barakas, Bandar Seri Bagawan disambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
↧
Datin Tunku Marina Kini Begelar Dato'
21 Januari 2013 :-
Isnin Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Datin Tunku Marina Binti Tunku Anuar yang telah dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. YTM Dato' Tunku Marina menerima darjah kebesaran berkenaan pada Ahad lepas, 20.01.2013 dalam Istiadat Pengurniaan Bintang dan Darjah Kebesaran sempena Sambutan Hari Keputeaan Sultan Kedah yang ke 85 di Balairong Seri Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah. Darjah kebesaran bekenaan disampaikan sendiri oleh Ayahanda YTM Dato' Tunku Marina iaitu Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah. YTM Dato' Tunku Marina bekhidmat dengan Nestle New Zeland di Auckland. Tahniah diucapkan kepada YTM Dato' Tunku Marina diatas anugerah ini.
↧
↧
Queen Beatrix Diraikan Sultan Brunei Dalam Majlis Persantapan Diraja
22 Januari 2013, Selasa :-
Sempena lawatan rasmi Her Majesty Queen Beatrix of The Netherland ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari bermula semalam, Satu majlis Persantapan Diraja untuk meraikan baginda Queen dan rombongan Diraja telah diadakan malam tadi di Istana Nurul Iman oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Turut mengiringi Sultan Brunei dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat-kerabat diraja. Sebelum majlis bermula, Mufti Kerajaan, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah membacakan doa.
Pada sebelah petangnya pula, baginda Queen Beatrix dan rombongan diraja telah berkenan berangkat menyusuri Sungai Brunei dan meninjau keindahan Kampung Air yang terkenal di Brunei dan telah wujud semenjak dari dahulu lagi. Turut mengiringi baginda Queen Beatrix adalah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Terdahulu, keberangkatan tiba baginda Queen Beatrix ke Dermaga Diraja Bandar Seri Bagawan (dahulunya dikenali sebagai Brunei Waterfront) disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Keberangkatan tiba baginda Queen dan rombongan telah disambut dengan pukulan hadrah oleh penuntut-penuntut sekolah di Dermaga berkenaan.
Dalam lawatan ke Kampung Air ini, baginda Queen telah berkenan berangkat ke rumah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Md. Salleh di Kampung Tamoi Ujong dan sempat menyaksikan persembahan muzik tradisional serta menikmati kuih-muih tempatan. Baginda Queen Beatrix dan rombongan dibawa menyusuri Kampung Air menggunakan 'Pontoon' iaitu sejenis kenderaan air.
Sumber :- Pelitabrunei
↧
Queen Beatrix Anjurkan Majlis Malam Penghargaan di Brunei Darussalam
23 Januari 2013, Rabu :-
Sempena lawatan rasmi Queen Beatrix of The Netherlands ke Negara Brunei Darussalam, baginda Queen telah menganjurkan Majlis Malam Penghargaan bertempat di Dewan Konsert Empire Theatre di The Empire Hotel Country Club. Turut serta dalam majlis yang diadakan malam tadi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja dan dif-dif kehormat. Sesi photografi telah diadakan sebelum para tetamu masuk berangkat ke dewan konsert.
Majlis dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara yang diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Kemudiannya para hadirin dihiburkan dengan persembahan istemewa daripada kumpulan muzik terkemuka Belanda, The Calefax Reed Quintet yang dianggotai oleh lima orang pemuzik menggunakan peralatan seperti klarinet, saxophone, bassoon dan english horn. Majlis diteruskan dengan persembahan Pancaragam Polis Diraja Brunei (PDB) dan pasukan kior dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab sebagai undangan khas. Paling istemewa apabila The Calefax Reed Quintet dan pasukan kior mempersembahkan lagu tradisional Brunei "Dang Mengalai".
Sumber :- Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei Darussalam
↧
Queen Beatrix Berangkat Pulang ke Belanda Dari Lawatan Rasmi Ke Brunei
24 Januari 2013, Khamis :-
Semalam Her Majesty Queen Beatrix of The Netherlands telah mengakhiri lawatan rasmi tiga hari baginda ke Negara Brunei Darussalam bermula 21.01.2013 lepas. Baginda Queen Beatrix dan rombongan diraja berangkat pulang dengan pesawat khas diraja melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Barakas. Turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda Queen Beatrix dan rombongan diraja adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Brunei menjalani hubungan diplomatik dengan Belanda pada tahun 1984 dan buat masa ini Brunei mempunyai "non-resident ambassador" ke Belanda yang berpengkalan di Belgium manakala Belanda mempunyai "non-resident ambassador" ke Brunei yang berpengkalan di Singapura.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
↧