14 Januari 2013, Isnin - Sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-65 tahun hari ini, satu istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat telah berlangsung pagi ini di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan yang membawa delaran Dato' Seri Utama telah mendahului senarai 735 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari keputeraan tahun ini. Diantara darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dianugerahkan sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah :-
- 2 orang menerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Dato Seri Utama.
- 5 Orang menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Dato' Seri.
- 12 orang menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Dato'.
- 3 orang menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Dato'.
- 18 orang menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato'.
- 240 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DSN)
- 4 orang menerima Darjah Tuanku Muhriz
- 11 orang menerima Darjah Pekerti Terpilih
- 92 orang menerima Ahli Setia Negeri Sembilan
- 5 orang menerima Setiawan Tuanku Muhriz.
- 215 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat.
- 324 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian
- 20 orang menerima Pingat Khidmat Lama
Tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-65 tahun.
Sumber :- Bernama