14.01.2012, Isnin - Jika hari ini Negeri Sembilan sedang sibuk dengan sambutan Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-65 tahun, di Kedah pula persiapan sedang rancak dibuat untuk sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 tahun pada hari Ahad ini nanti. Lihat sahajalah kain-kain rentang yang telah dipasang menghiasi bandar Alor Star dengan begitu indah sekali sebagai tanda kasih sayang rakyat jelata yang tidak berbelah bagi terhadap Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Pada hari Ahad ini Sultan Kedah yang bertahta di singahsana Malaysia sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV akan dijadualkan berangkat ke Majlis Jamuan Negeri, Perasmian Masjid dan Temasya Sukan Sungai sempena sambutan hari keputeraan baginda.
Dirgahayu Tuanku Patik.
Dirgahayu Tuanku Patik.
Sumber :- Bernama