20 Januari 2013, Ahad :-
Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85 hari ini, satu Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah telah diadakan di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Istiadat ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai wakil kepada Tuanku Abdul Halim. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir yang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Dato' Paduka telah mendahului senarai 87 penerima dalam istiadat pagi tadi.
Jumlah penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 adalah seperti berikut :-
- 2 orang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) membawa gelaran Dato' Paduka.
- 5 orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah membawa gelaran Dato' Wira.
- 3 orang menerima Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Dato'.
- 60 orang menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Dato'.
- 17 orang menerima Jaksa Pendamai.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85.
Sumber :- Bernama
Sumber :- Bernama