Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Mr D Akan Berkahwin Dengan Bekas Isteri Sultan

$
0
0
06 Februari 2013, Rabu :-

Apa pandangan anda bila melihat lelaki yang berbaju Melayu ini. Lelaki ini nampak kacak dan tampan serta tinggi lampai orangnya, berbadan sasa, berkulit putih dan bersih.  Penampilan lelaki sebegini memang menjadi idaman kebanyakan wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Lelaki ini berusia 33 tahun, masih bujang dan merupakan bekas seorang paramugara yang kini merupakan seorang Jurulatih Peribadi.  Jejaka ini yang Syah gelarkan sebagai MR D dikatakan sedang bercinta dengan bekas isteri seorang Sultan dan akan berkahwin tidak lama lagi. Lelaki ini merupakan Jurulatih Peribadi kepada bekas isteri Sultan berkenaan. Tentunya bila pengumuman dibuat  nanti satu Malaysia akan terperanjat, itupun kalau ada pengumuman lah ?. Apabila berkahwin nanti, sudah tentu bekas isteri Sultan ini akan kehilangan Elaun sebagai bekas isteri Sultan dan hak penjagaan anak-anaknya.  Bekas isteri Sultan ini memanglah seorang yang kaya raya dan berstatus jutawaan.  Walau bagaimanapun Wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini kan?

Jangan tanya Syah siapakah bekas Isteri Sultan itu dan Syah tak akan beritahu kerana itu adalah janji Syah pada orang yang menyampaikan maklumat ini.  Kisah percintaan mereka telah diketahui umum dikawasan berkenaan tetapi berita ini mungkin tidak dapat dihidu oleh pihak wartawan, kalau tidak tentu sudah ada gosip diakhbar tempatan kerana Satu Malaya mengenali bekas Isteri Sultan ini dan masyarakat sering memperkatakan mengenai beliau dan tertanya-tanya perkembangan terbaru beliau.   Gambar ini merupakan gambar lelaki berkenaan yang Syah terpaksa potong sebahagian kerana tak elok untuk paparan umum dan takut ada orang yang akan mengambil kesempatan dengan gambar ini.  Biarlah mereka dengan privacy mereka kerana perkahwinan adalah hak peribadi sesorang dan tak perlulah kita mempertikaikannya.  Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah, Jika perkahwinan ini berlaku seperti yang mereka rancangakan, Syah doakan agar pasangan ini dipanjangkan jodoh hingga keakhir hayat. Amin.

Sumber :- Maharum Bugis Syah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965