06 Februari 2013, Rabu :-
Tahukan anda destar atau tengkolok yang digunakan oleh Sultan Selangor ke-5 yang memerintah pada 1857 - 1898 iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah dipanggil Tengkolok Alang. Almarhum dikatakan amat pandai mengikat destar baginda sendiri. Bentuk ikatan atau solekan seperti ini sudah tidak kelihatan lagi digunakan oleh Sultan-Sultan Selangor selepas baginda. Tengkolok diraja merupakan salah satu pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek (bentuk ikatan) di ulunya sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan atau solekan dan warna yang digunakan oleh setiap Raja-Raja Melayu adalah berbeza dan berlainan dari setiap negeri.