21 Februari 2013, Khamis :-
Dua hari lepas seorang kontraktor, Mohd Amirul Erwan Mohd Roslan yang berusia 36 tahun telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap dua kesalahan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana meminta dan menerima habuan berjumlah RM5,000.00 daripada Mohammad Imran Abdullah yang merupakan seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk membantu seorang lagi ahli perniagaan, Lim Kok Han untuk memperolehi Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato' Seri. Amirul didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 02 Februari 2009 di Hotel Grand Kampar, Perak dan 04 Februari 2009 di Hotel Villa Subang di Selangor.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman Lima tahun penjara dengan denda RM25,000.00 bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan hukum penjara berjalan serentak.
Sumber :- Berita Harian / Berita TV