21 Februari 2013, Rabu :-
Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman dan putera Sulong banginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29 bagi tahun 2013 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Tutong. Majlis penutupan ini disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah manakala istiadat penutupan gelanggang pula disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rani bin Orang Kaya Setia Negara Haji Mohd. Safar.

Sebelum pertandingan bermula telah diadakan persembahan Gerak Seni Pencak Silat daripada Gabungan Skim Jabatan Belia dan Sukan/Gabungan International School Brunei Perguruan Persilatan Panca SUKMA dimana YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntakim telah mencemar duli turut serta mengambil bahagian menunjukkan kemahiran bersilat beliau. Gambar disebelah yang Syah bulatkan dengan warna merah adalah YMT Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Baguslah kecil-kecil lagi telah diasuh mengenali seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu untuk persediaan sebagai pewaris tahta Negara Brunei Darussalam.
Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan ini merupakan yang pertama kalinya diadakan di Brunei. Sebanyak sebelas buah pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari pasukan Daerah Tutong, DBM, Daerah Belait, Daerah Temburong, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS), Institusi Pengajian Tinggi, Majlis Sukan ABDB, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Kelab Silat Bangau Putih Bintulu, Pertubuhan Silat Seni Gayong Miri Sarawak dan Perguruan Silat Gerak Betawi Miri Sarawak.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei