16 Mac 2013, Sabtu :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan merasmikan Prince of Wales Island International School di Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau, Pulau Pinang. Sekolah persendirian berasarama yang bercirikan nilai-nilai tradisi Inggeris ini telah dirancang penubuhannya semenjak enam tahun lepas oleh pengasasnya, Datuk Dr Kenny Ong yang juga merupakan Pengarah Eksekutif MTT. Turut serta dalam majlis ini adalah Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Isteri kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt Shariff.
Sekolah ini mula beroperasi pada September 2011 dengan 16 orang guru dan 48 orang murid. Sekarang sekolah ini mempunyai seramai 36 orang guru dan lebih 200 pelajar dengan pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, gelanggang tenis dan auditorium akustik. Sekolah ini mengeluarkan sijil-sijil seperti International Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan A Leve luntuk para pelajarnya.
Sumber :- Bernama / BH online