17 Mac 2013, Ahad :-
Semalam Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri pelancaran Yayasan Azman Hashim dan ulang tahun perkahwinan ke-50 Pengasas dan Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim dan isteri, Tunku Arishah Tunku Maamor. Turut serta mengiringi Tuanku Muhriz adalah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri sembilan Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Sempena ulangtahun perkahwinannya, Tan Sri Azman dan isteri telah menyumbang RM1 billion untuk Yayasan Azman Hashim dan Tuanku Muhriz serta Tuanku Aishah telah diberi penghormatan untuk melancarkan secara rasmi Yayasan Azman Hashim. Yayasan yang ditubuhkan pada 05 Januari 1991 ini akan mengagihkan dana berkenaan kepada pelbagai program kebajikan dan pembangunan pendidikan di Malaysia. Yayasan Azman Hashim pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan dibeberapa institusi pengajian tinggi awam diantaranya komplek pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bernilai RM7 juta, membina sebuah bangunan baru bernilai RM25 juta bagi menampung keperluan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya dan RM10 juta untuk membina sebuah bagunan untuk kegiatan sukan di Universiti Sains Malaysia.
Sumber :-Bernama