22 Mac 2013, Jumaat :-
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa parti-parti politik akan dibenarkan untuk membentangkan manifesto mereka menerusi siaran Radio Television Malaysia atau RTM selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13. Diantara syarat-syarat manifesto yang dibentangkan adalah tidak boleh mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, mengkeji atau menfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela. Setiap pembentangan harus dirakam terlebih dahulu dan perlu mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan tertakluk kepada peraturan RTM dibawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya. Tambah beliau lagi peluang yang diberikan kepada parti-parti politik yang bertanding ini adalah sebagai satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara dan berharap masa yang diberikan itu cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Sumber :- Bernama