22 Mac 2013, Jumaat :-
Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Diraja Sempena Peringatan Hari Polis ke-206. Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis atau PULAPOL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini adalah Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri; Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta isteri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta isteri.
Sumber :- Bernama