19 Mei 2013, Ahad :-
Semalam 18 Mei 2013, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Taat Setia Simpan Rahsia Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah selamat disempurnakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Perak. Istiadat telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Turut serta menghadiri istiadat ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim ; Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Sumber :- Bernama
Sumber :- Bernama