19 Mei 2013, Ahad :-
Petang tadi Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan hari keputeraan baginda yang ke-70. Majlis yang diadakan di Bukit Ketri, Padang Besar ini turut dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ; Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Uniknya majlis pada hari ini adalah dimana Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis bersama-sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis berangkat ke majlis ini dengan menaiki kereta kuda khas.
Dalam majlis ini juga, baginda telah berkenan menerima replika cek berjumlah RM3,000.00 bagi pihak Majlis Kebajikan Masyarakat yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis atau MAIPs. Replika cek disampaikan oleh Abdul Malik Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs. Dalam majlis yang sama juga Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan Pingat Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni yang sekarang berusia 59 tahun.
Bernama :- Bernama