21 Mei 2013, Selasa :-
Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah ke-85. Turut serta mengiringi baginda dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Pengangkutan Dato' Aziz Karpawi.
Sumber :- Bernama