22 Mei 2013, Rabu :-
Semalam Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis. Bangunan lima tingkat yang terletak di Jalan Santan, Kangar, Perlis ini dibina dengan kos RM10.3 juta pada tahun 2008 dan siap pada 2010. Bangunan ini mula diduduki pada Ogos 2011. Turut serta mengiringi Tuanku Syed Sirajuddin adalah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Sumber :- Bernama / Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis