Kelihatan Tuanku Ibrahim (bultan merah) berada di Tanah Perkuburan Mahmoodiah untuk menghadiri pengkebumian Allahyarham Nordin bin Johari
Semalam Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menziarahi jenazah dan menghadiri pengkebumian ayah kepada Menteri Besar Johor, Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin. Tuanku Ibrahim memandu sendiri kereta untuk menziarahi jenazah di Masjid Taman Perling dan kemudiannya ke tanah perkuburan Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Allahyarham Nordin bin Johari berusia 81 tahun merupakan bekas Pegawai Istana Johor meninggalkan seorang isteri Marina Shukri berusia 72 tahun, tujuh orang cahayamata dan 17 cucu serta seorang cicit.
Takziah diucapkan kepada Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin diatas kehilangan ini semuga rohnya Allahyarham Nordin bin Johari ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal sollah, Amin. Al-Fatihah ........... Allahyarham meninggal dunia jam 12:30hrs di Hospital Pakar Puteri semalam kerana masalah buah pinggang. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan semenjak Selasa lepas.
Dato' Seri Mohamed Khalid yang bergesas balik dari Cina, sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail jam 17:20hrs dan sempat mengucup jenazah ayahnya di Tanah Perkuburan Mahmoodiah sebelum jenazah dikebumikan selepas Solat Asar.
Sumber :- Kesultanan Johor / ABN News