24.12.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yik dikediaman mendiang di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor. Mendiang yang berusia 73 tahun merupakan Bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi meninggal dunia jam 16:45hrs dikediamannya kerana sakit tua. Mendiang meninggalkan seorang balu Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga orang anak. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi persetujuan supaya penghormatan negara diberikan kepada mendiang sebelum mayatnya dibakar pada hari Rabu ini. Turut serta mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Sumber :- Bernama