24.12.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah membuat tinjauan daripada udara untuk melihat keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan disebabkan keadaan hujan yang tidak berhenti semenjak malam semalam. Baginda juga telah melawat 302 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, Kuantan. Diantara titah baginda :-
"Ketika saya terbang tadi buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat. Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan".
Sumber :- Bernama