04.01.2013, Jumaat - Macam-macam kerenah manusia hendak mendapat keuntungan berlipat kali ganda terutamanya daripada "public figure" seperti keluarga diraja. Sekeping gambar Mendiang Princess Diana yang bertanda "not to be published" (tidak boleh diterbitkan) akan dilelong akhir bulan ini. Gambar ini diambil ketika Princess Diana masih lagi belum berkahwin dengan Prince of Wales, Prince Charles. Pada asalnya gambar ini sebenarnya dimiliki oleh akhbar the Daily Mirror yang satu ketika dahulu pernah menjadi akhbar rasmi British dan sekarang gambar ini dimiliki oleh Syarikat Caren Archive iaitu sebuah syarikat yang menyimpan koleksi asal manuskrip, keratan akhbar, gambar dan seumpamanya yang berpejabat di Amerika Syarikat. Pada gambar berkenaan ditulis "not to be published" menggunakan pencil gris yang biasanya digunakan oleh pengedit photo.
Dalam gambar ini Mendiang Princess Diana kelihatan sedang baring diatas katil dan dibelakangnya ada seorang lelaki. Kelihatan sebotol wiski dari jenama Johnnie Walker diletakkan ditepi tingkap bilik berkenaan. Dibelakang gambar itu tertulis tarikh Feb.26.1981 (28 Februari 1981). Mengikut rekod, pada 23 Februari 1981 Princess Diana yang ketika itu berusia 19 tahun telah berpindah masuk ke Buckingham Palace dan pada keesokan harinya pihak Istana telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertunangan Mendiang dengan Prince Charles. Mendiang berkahwin dengan Prince Charles pada 29 Julai 1981 di St. Paul Cathedral, London. Eric Caren yang merupakan pemilik Caren Archive memaklumkan bahawa mereka tidak pasti siapakah lelaki dibelakang Mendiang dan membuat andaian bahawa iannya adalah abang Mendiang, Charles Spencer. Walau bagaimanapun tambah Eric lagi, jika lelaki itu adalah abang Mendiang mengapa diletakkan tanda berkenaan dan gambar ini nampak seperti pasangan intim.
Bob Livingston dari RR Auctions iaitu syarikat yang akan membuat lelongan gambar ini memaklumkan mungkin Daily Mirror tidak mahu mempamirkan photo ini kerana Mendiang ketika itu merupakan bakal Princess of Wales dan tidak elok dilihat gambar Mendiang berada dipangkuan lelaki lain. Tambah Bob lagi, gambar ini boleh dijual dengan harga 1000 pound tetapi disebabkan adanya tanda "not to be published" ianya mungkin akan dapat dilelong dengan harga yang lebih tinggi lagi.
Turut dilelong dalam lelongan ini nanti adalah keratan akhbar dan gambar Mendiang ketika menghadiri seminar konflik penyelesaian perkahwinan, gambar asli kumpulan Beatles sedang mengadakan persembahan pada tahun 1960an dan gambar Albert Einstein. Jika berminat anda boleh menyertai lelongan ini di RR Auctions of Amherst di New Hampshire, USA bermula 17 hingga 24 Januari 2013.
Sumber :- ABC News / The Caren Archice