December 1, 2012, 1:11 am
01.12.2012, Sabtu - Malam semalam 30.11.2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dijadualkam akan mencemar duli berangkat ke majlis Anugerah Wanita Ikon 2011/2012 kali ketiga anjuran Utusan Karya Sdn Bhd. Dalam majlis ini KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menyampaikan Anugerah Wanita Ikon dan Tokoh Wanita Ikon 2011/2012. Anugerah Wanita Ikon dianugerahkan kepada Adillah Ahmad Nordin, seorang peguam bela/cara yang mengendalikan kes sivil, hartanah dan undang-undang keluarga serta korporat. Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2011/2012 pula dianugerahkan kepada Tan Sri Siti Norma Yaakob, bekas Hakim Besar Malaya. Anugerah ini diberikan atas sumbangan beliau dalam bidang kehakiman diperingkat nasional dan antarabangsa. Para penerima anugerah akan menerima sebuah trofi, set barang kemas dan wang tunai RM10,000.00. Calon-calon bagi Anugerah Wanita Ikon dan Tokoh Wanita Ikon 2011/2012 ini terdiri daripada wanita-wanita hebat di Malaysia yang mempunyai kelebihan tersendiri dan mencapai kejayaan membanggakan dalam bidang yang mereka ceburi. Pihak penganjur telah menerima sebanyak 30 pencalunan daripada masyarakat untuk anugerah kali ini.
Kelihatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Tan Sri Siti Norma Yaakob dalam majlis anugerah ini. Sungguh ayu dan menawan penampilan terbaru Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang behijab semenjak pulang dari menunaikan fardu haji baru-baru ini.
Sumber :- Bernama
↧
December 1, 2012, 6:28 pm
02.12.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua. Hari nie Syah di office untuk clearkan petty cash recoupment pula dalam SAP Gems (system). Jam 09:55hrs tadi Syah baru masuk kerja kerana bas lambat hari nie. Malam tadi Syah tanya pemandu bas, schedule bas awal hari Ahad dan katanya jam 07:30hrs dan bukannya 06:30hrs macam biasa. So pagi tadi jam 07:15 Syah dan tercongok tepi jalan tunggu bas tetapi hampeh kerana setelah 1 jam berdiri tunggu bas baru datang. Geram dan menyumpah dalam hati, tetapi biasalah bas kat sini ada masanya-masanya tak ikut masa dan yang masalahnya pada kita yang mengejar masa, nak buat macam mana dah tak ada pilihan lain dan rasanya tempat lainpun berlaku masalah macam nie cuma kekerapannya sahaja mungkin berbeza. Pagi nie tak sarapan dan Syah singgah McD beli Vanila Milk Shake sahaja kerana nak kurangkan makanlah sebab badan dah nak mula naik sebab seluar jeans yang Syah pakai hari nie terasa tak selesa sedikit.............. Ayoooooooooo.... dah berisi balik............tak nak...tak nak...tak nak... hahhaha.
Ok lah semua Syah nak sambung kerja semula dan hingga berjumpa lagi dilain Entry .......... Byeeeeeeeee.............
↧
↧
December 1, 2012, 9:42 pm
02.12.2012, Ahad - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan anak Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin Onn dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Majlis yang diadakan disebuah hotel terkemuka di ibu negara ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan Isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasim serta Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.
Turut serta menghadiri majlis ini adalah Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Tun Abdullah Ahmad Badwi dan isteri Tun Jeanne Abdullah. Kedua ibubapa pengantin serta ibu dan bapa tiri pengantin lelaki juga menghadiri majlis resepsi ini. Datuk Seri Khalid, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rayyan JK Abdullah, Datin Tunku Zawyah, Datuk Seri Hishamuddin dan Datin Seri Marsella kelihatan ceria dalam majlis yang dihadiri oleh 1,000 orang tetamu ini.
Pasangan pengantin Nasha Alyssa dan Muhd. Anas Zawawi telah selamat diijab kabulkan oleh Datuk Seri Hishamuddin sendiri dikediaman beliau di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya pada 24 November lepas. Sebelum ini, pada 01.12.2012 telah diadakan satu majlis resepsi di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra dan dihadiri oleh 10,000 orang jemputan yang terdiri daripada para perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung ditempat yang sama ketika itu. Timbalan Perdana Menteri dan Isteri adalah diantara yang hadir dalam majlis di PWTC ini. Dalam majlis di PWTC ini juga, ibu tiri Muhd. Anas Zawawi iaitu Datuk Siti Nurhaliza telah berbesar hati mendendangkan dua buah lagu, mencintaimu dan zapin budi untuk kedua mempelai.
Sumber :- Bernama
↧
December 2, 2012, 6:01 pm
03.12.2012, Isnin – Pejam celik ….. pejam celik …… sudah hari Isnin dan memang cepat masa berlalu sekarang nie, anda perasan tak masa berlalu terlalu cepat sekarang nie?. Pagi tadi my colleague Kak Rose informed Syah dia rasa waktu rehat pada Sabtu dan Ahad lepas sekejap sangat rasanya, duduk rumah pagi sekejap sahaja dah petang, petang sekejap sahaja dah malam dan kemudian tidur, katanya pada Syah bila Syah tanya dia hari ini sudah 03 Disember dan cepat sangat rasanya dah masuk akhir tahun. Kalau dulu orang pergi haji sebulan lama betul rasanya mereka pergi tetapi sekarang sebulan tu sekejap sangat rasanya dan mereka dah balik dari Mekah. Patutlah ada yang menyatakan dunia nie sudah hampir kiamat kerana salah satu tandanya masa berlalu terlalu pantas. Apa-apapun kita tak tahu bila hari kiamat akan berlaku dan tak perlu takut atau ditakut-takutkan. Yang penting hal-hal dunia dan akhirat kita mesti seimbang dan mengikut jalan yang telah ditetapkan oleh ajaran agama kita. Mati ? semua akan mati, cuma kita tak tahu bila ? kerana ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa, kita hanya merancang dan berusaha menggunakan akal dan fikiran secara waras sebagai mahluk yang paling istemewa di bumi Allah ini.
Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga …. zaman semakin berdekatan “.
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap”.
By the way perjalanan kepejabat hari ini berjalan lancar dan shukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Inilah aktiviti setiap pagi Syah dalam komuter iaitu membaca The Sun atau Kosmo tetapi jika terlalu letih Syah akan tidur. Dulu Syah suka bawa buku tetapi berat sangat rasanya dan takut buku-buku tu rosak dan kalau bawa sekarang niepun hanya buku yang nipis sahaja. Untung ada The Sun yang diedarkan secara percuma dan secara tak langsung menyumbang kearah kempen penerapan budaya membaca dikalangan masyarakat Malaysia oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, stock The Sun di Stesyen KTM Rawang nie macam terhad sedikit dan cepat sangat habis dan biasanya Syah ambil kat KL Sentral, tetapi pagi nie sempat ambil. Oklah semua .sehingga berjumpa lagi dilain Entry …….. Byeeee
Update :-
Inilah dia lunch Syah hari nie, Ikan Goreng, Sayur Campur, Tempe Berlada dan Buah Dragon Fruit. Makanan nie Syah beli di Food Court Aras 3 manakala Buah tu Kak Rose bagi Syah minggu lepas dan Syah tak makan lagi dan simpan dalam fridge, hari nie baru makan. Insyallah malam nanti tak makan dan kalau lapar nanti Syah ambil buah atau biskut sahaja. Kena dietlah coz as I mention semalam, seluar dah sendat sedikit dan itu tandanya kalau tak dikawal akan gibam semula... Heheheheh ...............
↧
December 3, 2012, 12:31 am
03.12.2012, Isnin - Shukur Alhamdulillah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah selamat sampai di Jakarta hari ini untuk lawatan rasmi negara selama empat hari bermula hari ini 03 hingga 06 Disember 2012. Ini merupakan lawatan rasmi negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama ke Indonesia dan yang ketiga selepas negara Brunei Darussalam (09 - 15.05.2012) dan Jepun (01-05.10.2012) semenjak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong serta rombongan telah disambut oleh Menteri Luar Negeri Indonesia, Marty Natalegawa dan isteri Sranya Natalegawa. Turut hadir di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur untuk menyambut keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan rombongan adalah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri serta Menteri Pengiring Indonesia yang juga Menteri Sosial Indonesia, Dr Salim Segaf Al Jufri serta isteri. Menteri pengiring Malaysia bagi lawatan negara ini adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan isteri.
KDYMM Seri Paduka Baginda berdua serta rombongan berlepas ke Indonesia pagi ini melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebelum barangkat, Tuanku Abdul Halim telah berkenan memeriksa kawalan kehormat utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Syah doakan agar Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya. Amin
Sumber :- Bernama
↧
↧
December 3, 2012, 9:48 pm
04.12.2012, Selasa - Salam dan apa khabar semua. Nielah lunch kita hari nie. Macam semalam juga cuma hari nie ada buah orange yang Syah bawa dari rumah. Anda semua makan apa tengahari nie. Pagi tadi Syah ke Citibank untuk buat bayaran kad kredit Syah dan on the way ke citibank tu terjumpa Ku Li atau Tengku Razaligh Hamzah dan beberapa orang kawan dia sedang menunggu kenderaan di depan hotel Intercontinental. Pada 05.11.2012 lepas masa hendak bayar kad kredit terjumpa kenderaan Tengku Mahkota Pelanggan dipark depan hotel. Agaknya kerabat diraja Kelantan memang suka menginap di hotel ini. Pernah sekali Syah tengur Ku Li sewaktu di Masjid Negara tetapi tadi Syah tak tegur sebab nampak seperti dia sedang berbincang dengan kawan-kawan dia. Setelah urusan Syah di bank selesai dan Syah lalu depan hotel tu semula dan Ku Li sudah tak ada lagi. Di Citibank tadi Syah nampak ramai staff mereka di lobby bank dan rupanya mereka ada program fire drill.
Hari nie Syah bawa dua buah buku mengenai Yamtuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz sebab my colleague Kak Rose dari minggu lepas lagi hendak tengok buku tu. Maklumlah dia kan orang Negeri Sembilan dan nak tahu pasal rajanya, Heheheheh ........... Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain entry ................ Byeeeeeeee
↧
December 3, 2012, 11:32 pm
04.12.2012, Selasa - Hari ini Pemangku Raja Perak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menghadiri majlis Persidangan Antarabangsa Mengenai Kajian Antarabangsa Kali Ke-4 yang diadakan di Hotel Impiana KLCC. Kelihatan DYTM Raja Dr. Nazri Shah sedang menyampaikan ucapannya dalam majlis ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Datuk D. Mohamed Mustafa dan Dekan Jabatan Kajian Antarabangsa UUM, Profesor Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani (kiri sekali).
Sumber :- Bernama
↧
December 4, 2012, 7:18 am
04.12.2012, Selasa - Tengahari semalam Isteri kepada Prince William. Duchess of Cambridge telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII di tengah London kerana mengalami "Hyperemesis Gravidarun" iaitu pembawakan budak atau morning sickness yang teruk. Mereka yang mengalami "Hyperemesis Gravidarun" akan muntah secara berpanjangan dan tidak boleh dikawal. Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan air dalam badan yang membawa kepada kekeringan (dehydrated) yang teruk dan boleh mengakibatkan penurunan berat badan. Keadaan Duchess of Cambridge tidak membimbangkan tetapi perlu mendapat perhatian lanjut daripada pihak hospital. Beliau dijangkakan akan berada dihospital berkenaan untuk beberapa hari lagi.
Dalam masa yang sama juga Istana St James telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kehamilan Duchess of Cambridge seperti berikut :-
“Their Royal Highnesses The Duke and Duchess of Cambridge are very pleased to announce that the Duchess of Cambridge is expecting a baby.”"The Duchess was admitted this afternoon to King Edward VII hospital in central London with hyperemesis gravidarum. As the pregnancy is in its very early stages, Her Royal Highness is expected to stay in hospital for several days and will require a period of rest thereafter.”
Dengan berita kehamilan ini, bayi yang bakal lahir samada lelaki atau perempuan akan menjadi bakal Raja atau Permaisuri Britain dan meletakkannya sebagai pewaris ketiga serta menjadikan bapa saudaranya Prince Harry turun satu tangga kebawah sebagai pewais keempat. Kelahiran ini merupakan cicit ketiga Baginda Queen Elizabeth II dan jika baginda dipanjangkan umur dan melihat kelahiran ini, ianya akan mencipta sejarah buat pertama kalinya dalam masa 120 tahun raja yang memerintah melihat kelahiran cicitnya yang akan menjadi pewaris tahta. Terdahulu Queen Victoria dapat melihat cicitnya King Edward III dilahirkan pada 1894 dan mendiang kemudiannya meninggal dunia tujuh tahun selepas kelahiran cicitnya itu. Walau bagaimanapun cicit mendiang, King Edward III turun tahta kerana cinta pada seorang perempuan yang ingin dikahwininya yang bernama Wallis Simpson tetapi tidak direstuai oleh Parlimen Britain.
Sumber : The Gurdian / Royaltynu
↧
December 4, 2012, 7:47 am
04.12.2012, Selasa - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah diraikan oleh Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Ibu Ani Yudhoyono dalam Majlis Santapan Malam Negara sempena lawatan rasmi baginda ke Indonesia bermula semalam. Majlis diadakan di Istana Negara yang terletak di Jakarta Pusat.
Terdahulu pada sebelah paginya Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah telah menghadiri majlis istiadat sambutan negara sempena lawatan Seri Paduka Baginda Berdua ke Indonesia. Majlis diadakan di Istana Merdeka, Jakarta Pusat. Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim telah berkenan memeriksa barisan kehormat dan menandatangani buku pelawat Istana Merdeka.
↧
↧
December 4, 2012, 9:48 pm
05.12.2012, Rabu - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menziarahi dan menunaikan solat jenazah kepada Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Paduka Dr.Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Utama Haji Awang Mohd. Yusof. Allahyarham merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam usia 79 tahun pada petang Isnin jam 17:00hrs dikediamannya di Jalan Damuan. Allahyarham meninggalkan seorang anak, empat cucu dan Lima cicit.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin,
Sumber : Jabatan Penerangan Brunei
↧
December 5, 2012, 5:09 am
05.12.2012, Rabu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi negara telah berkenan melawat Masjid Istiqlal atau bermaksud Masjid Kemerdekaan yang terletak di Jakarta Pusat dan merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan rombongan ke Masjid yang berkapisiti 220,000 jemaah ini disambut oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, Profesor Dr Ali Mustafa Yaqub dan pegawai-pegawai kanan masjid berkenaan. Masjid ini sering dikunjungi oleh tetamu negara ke Indonesia termasuk Presiden Barak Obama.
Masjid ini dibina pada masa pemerintahan Presiden Soekarno pada 1961 dan mula digunakan pada 1978 semasa era pemerintahan Presiden Soeharto. Senibinanya mengabungkan makna Kemerdekaan Indonesia dengan lambang-lambang Islam. Kubah besar masjid ini berdimeter 45 meter melambangkan tahun kemerdekaan Indonesia. Tiang keluli tahan karat setinggi 17 meter yang menyokong kubah melambangkan haribulan kemerdekaan Indonesia dan kubah kecil berdiameter lapan meter melambangkan tarikh kemerdekaan Indonesia. Selain daripada itu menara setinggi 66.66 meter melambangkan 6,666 ayat dalam al-Quraan manakala tiang setinggi 30 meter diatas puncak menara melambangkan 30 juz al-Quraan. Kelihatan Tuanku Abdul Halim dibawa melawat Beduk Raksasa yang terdapat di masjid ini. Beduk Raksasa ini berdiameter dua meter diperbuat daripada kayu meranti berusia 300 tahun yang didatangkan khas dari Kalimantan. Beduk ini telah dihadiahkan oleh Presiden kedua Indonesia, Presiden Soeharto kepada masjid ini. Sewaktu lawatan ini, Tuanku Abdul Halim sempat mengerjakan solat tahiyyatul masjid bersama Imam Besar Masjid Istiqlah.
Dalam program yang berasingan pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan melawat Pesentran Khusus Yatim As-Syafiiyah Jatiwaringin Indonesia. Tuanku Hajah Haminah telah berkenaan menyampaikan sumbangan kepada penghuni pesantren ini. Keberangkatan tiba Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Ketua Pasentren ini, Profesor Dr. H. Tutty Alawiyah.
Sumber :- Bernama
↧
December 5, 2012, 6:04 am
05.12.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua. Syah sampai Rawang Residence tadi jam 18:55hrs dan terus ke Giant Hypermarket kat Bandar Rawang untuk beli Buah Limau, Anggur dan Cereal. Hari nie 1st day akaun buka semula dan Syah ke TM Annexe 2 hantar payment untuk budak-budak SL1M dan petty cash serta payment Kak Rose. Terlanjur ke TM Annexe Syah singgah Pusat Perubatan Menara kerana ada masalah telinga berdengung dan sakit since Isnin lagi. Doktor kata ada infection kat dalam telinga Syah dan nampak merah kat dalam tu. Dr Rasol bagi antibiotik dan ubat titik serta ubat selsema coz Syah informed dia yang hidung Syah tersumbat. Ubat yang Dr bagi nie rasanya macam kuat sedikit sebab Syah rasa bulu roma kat dahi Syah meremang, kalau syah tak tahan dengan sesuatu ubat selalu rasa macam tu tetapi dah tak sihat makan je lah, kan?. Rasa tu biasanya akan dialami oleh yang akan hendak demam. Dalam masa yang sama Syah jumpa Dietitian dan diringkaskan cerita katanya permakanan Syah ok cuma Syah tak bersenam dan dia minta Syah buat senaman untuk membantu menurunkan tahap kolestrol syah. Lagi satu dia informed Syah supaya kurangkan pengambilan Oat 3 in I kerana katanya makanan macam tu mengandungi gula yang banyak dan tak baik untuk kesihatan Syah. Dia cadangkan agar Syah buat Oat sendiri dan kurangkan gula.
Petang tadi Syah masukkan duit belanja bulanan untuk Ayahanda melalui Maybank2U.com. Kat office petang tadi ada staff sambut birthday dan Syah makan kek birthday dari Secrete Recipe tu satu sudu sahaja sebab tak boleh makan banyak . Petang tadi ada rasa regret sedikit dengan Yayasan TM kerana mereka alihkan file Syah dan ada file tahun 2010 Kak Rose tinggal file sahaja dan isinya sudah dibuang. Memang we all sudah pindah tetapi filing room memang ditempat asalnya kerana itu arahan En Saiful, AGM di Business Support tetapi lain pula jadinya. Alasan mereka , Yayasan TM kat situ dan mereka tak ada tempat hendak isi fail. Patut ker buat macam tu dan kalau ada audit query pasal payment nanti macam mana nak cari exspecially file kak Rose yang dah kena shared tu....... Malas hendak bertekak dan kami serahkan pada En Saiful untuk bincang dengan Yayasan TM berhubung perkara ini. Tengoklah nanti macam mana decision dia nanti.
Sampai KTM Rawang tadi Syah beli buah nenas dan malam nie macam tak ada selera pula nak makan dan Syah hanya makan biskut untuk alas perut sebab nak makan ubat. Mungkin kejap nanti tertidurlah nie sebab Syah ambil ubat selsema khas untuk malam sahaja dan Dr informed tadi katanya akan rasa mengantuk. Gambar kat atas tu lunch Syah tadi sayur Campur, Sayur Bayam dan Ikan Tengiri Goreng. Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Selamat malammmmmmmmmmm........
↧
December 5, 2012, 9:48 pm
06.12.2012, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah menamatkan lawatan rasmi negara ke Republik Indonesia hari ini. Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan menggunakan pesawat khas melalui Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma. Lawatan rasmi negara ini bermula 03.12.2012 dan berakhir hari ini 06.12.2012. Turut mengiringi keberangkatan pulan Seri Paduka Baginda berdua adalah Menteri Sosial Indonesia, Salim Segaf Al-Jufri yang merupakan menteri pengiring dari Indonesia bagi lawatan rasmi ini. Semoga perjalanan pulang Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan di lindung Allah hendaknya. Amin.
Malam tadi pula Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Indonesia. Dalam majlis ini baginda sempat beramah mesra dengan warga Malaysia yang berada di Indonesia. Turut serta dalam majlis ini adalah Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.
Sumber :- Bernama
↧
↧
December 6, 2012, 12:28 am
06.12.2012, Khamis - Salam dan apa khabar semua .......... lunch tadi Syah ke KL Sentral untuk register TAC number untuk maybank2U.com dan terlanjur dah kesana Syah lunch jer kat Kenny Rogers Roasters sebab dah lama mengidam dari last week lagi. Syah ambil Kenny's 1/4 meal yang dalamnya ada - 1/4 Black Paper Chicken, Corn & Carrot, BBQ Beans, Fruit Salad dan Vanila Muffin manakala driks pula 100 plus and second refillnya Sprite. Syah minta mereka asingkan gravy nya dan Syah buang kulit ayam tu sebelum mamamnya. Gravy tu Syah ambil sedikit sahaja, adalah secalit dua buat syarat sebab kolestrol dalam gravy tu mesti tinggi kan? walaupun rasanya sedap. Oklah yer sehingga berjumpa lagi dilain entry malam nie ............ Insyallah
↧
December 6, 2012, 6:47 am
06.12.2012, Khamis - Sambutan Hari Keputeraan Raja Thailand His Royal Majesty King Bhumibol Adulyadej yang ke-85 tahun disambut meriah semalam oleh warga Thailand. Rakyat Thailand dengan pakaian kuning berbaris disepanjang jalan melihat keberangkatan HRH King Bhumibol daripada Hospital Siriraj ke Bangkok Royal Plaza untuk Istiadat Hari Keputeraan Baginda. Siriraj Hospital adalah tempat persemayaman baginda semenjak tahun 2009 lagi hingga sekarang kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh baginda. Beribu-ribu warga Thailand menunggu-nunggu kemunculan baginda di beranda singahsana. Sambutan pada tahun ini tanpa kehadiran HRM Queen Sirkit yang sedang gering. Sempena hari keputeraan baginda, setiap tahun pada 05 Disember 2012 juga merupakan sambutan Hari Bapa di seluruh Thailand. HRH King Bhumibol telah memecah rekod dunia sebagai seorang Ketua Negara yang paling lama memerintah iaitu selama 66 tahun. Baginda menaiki tahta pada 09 Jun 1946 sewaktu berusia 19 tahun. Baginda berkahwin dengan HRH Queen Sirkit pada 28 April 1950 iaitu beberapa hari sebelum ditabalkan sebagai Raja Thailand pada 05 May 1960.
↧
December 7, 2012, 4:45 am
07.12.2012, Jumaat - Duchess of Cambridge telah dibenarkan pulang pagi semalam setelah mendapat rawatan di Hospital King Edward VII di Tengah London kerana masalah hyperemesis gravidarum. Duchess of Cambridge dimasukan ke hospital pada hari Isnin selepas merasa tidak sihat ketika berada dikediaman ibubapanya di Berkshire. Kandungan beliau dijangka berusia kurang dari 12 minggu. Pasangan ini kelihatan tersenyum ketika keluar dari hospital dan sempat bergambar untuk wartawan yang menunggu kemunculan mereka sebelum menuju ke kereta yang sedia menunggu pasangan ini untuk pulang ke kediaman mereka di Istana Kensington. Duchess of Cambridge memaklumkan bahawa keadaan beliau semakin baik apabila ada wartawan bertanyakan mengenai keadaan beliau.
Sumber :- BBC / Theguardian
↧
December 7, 2012, 7:34 am
07.12.2012, Jumaat - Salam semua dan Syah minta maaf sebab hari nie busy dan tak dapat nak update blog macam biasa. Tengahari tadi sebelum Solat Jumaat Syah busy uruskan hal file di tingkat 14 bersama kak Rose dan lepas tu terus Solat Jumaat. Lepas Solat Jumaat Syah makan buah nenas dan duku langsat sahaja dan tak lunch pun. lepas tu ke TM Annex 2 untuk proses payment. Semasa hendak ke TM Annexe tu tekak Syah rasa sakit macam orang sakit tekak dan baru Syah ingat mungkin terkena getah duku langsat tu. Balik dari TM Annexe Syah beli gula-gula dan baru rasa lega. Lepas tu Syah naik office ambil IC dan turun semula ke kelinik, Doktor kata tak ada apa-apa dan dia minta Syah minum air banyak dan kumur-kumur dengan air suam campur garam dan bagi ubat hisap sakit tekak. Lepas tu tekak Syah beransur-ansur ok dan tak perlu buat kumur-kumur tu. Setengah jam sebelum balik ada satu lagi problem.......problem besar punya. Secretary one of the Vice President call informed Unifi kat rumah bossnya sudah dipotong. Alamak ................ petanda tak baik dan dipendikan cerita Syah dapat selesaikan isu nie dan minta mereka sambung semula unifi yang telah dipotong tu. Keadaan nie menyebabkan Syah balik lewat hari nie....... hahahah tapi tak mengapa sebab puas hati dapat selesaikan satu masalah.
Sampai KTM Rawang jam 19:00hrs dan disebabkan tak lunch tadi Syah singgah ke gerai Lambaian Seafood kat depan KTM Rawang untuk makan Meehon Tomyam Putih dan Air Barli. Lepas makan syah bertolak ke bas stop dan tak lama lepas tu bas datang. On the way balik rumah hari hujan dan driver bas ganti hari nie. Disebabkan Syah tak petik loceng masa nak turun dan hanya bangun sahaja bas tu terlajak berhenti agak jauh dari tempat biasa Syah turun tu. Syah tak tekan loceng sebab loceng kat dalam bas tu macam dah rosak, punat tempat tekannya dah tak ada. Terpaksalah meredah hujan sedikit tetapi hujannya tak lah lebat sangat. Sekarang nie Syah rasa sedikit mengantuk coz baru lepas makan ubat, Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Selamat Malam Semuga Dibuai Mimpi Yang Indah.
↧
↧
December 7, 2012, 7:27 pm
08.12.2012, Sabtu - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan merasmikan Masjid Al-Hidayah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Masjid ini mula beroperasi pada 08 Disember 2009. Sebagai simbolik perasmian, Tuanku Sharafuddin telah menandatangani plak perasmian dan kemudiannya menunaikan Solat Jumaat dimasjid berkenaan. Tuanku Sultan Selangor sempat beramah mesra dengan para jemaah selepas menunaikan solat jumaat sebelum berangkat pulang. Turu mengiringi baginda, adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan adinda baginda, Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sumber :- Bernama
↧
December 7, 2012, 9:26 pm
08.12.2012, Sabtu - Duke and Duchess of Cambridge menzahirkan rasa sedih dan terkejut mereka berikutan berita kematian Jacintha Saldanha, jururawat wanita yang menerima panggilan palsu dua orang DJ dari Sydney's 2Day FM Station berhubung kesihatan Duchess of Cambridge ketika mendapat rawatan di Hospital King George VII. Pada pagi semalam (Jumaat 07.12.2012) Pihak polis telah menerima panggilan pada jam 09:25hrs berhubung penemuan seorang wanita yang dijumpai tidak sedarkan diri dialamat Weymouth Street,WI. Pihak polis telah ketempat kejadian dan wanita tersebut yang dikenal pasti sebagai Jacintha Saldanha disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian oleh paramedik. Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian ini. Gambar diatas menunjukkan ambulan membawa mayat mendiang untuk siasatan lanjut dari tempat kejadian manakala gambar dibawah adalah Hospital King George VII yang terletak di Beaumont Street, London. Hospital ini diasaskan pada 1899 oleh Agnes Keyser yang merupakan gundik kepada King Edward VII yang ketika itu bergelar Prince of Wales. Asalnya hospital ini sebuah rumah kepunyaan Agnes Keyser yang digunakan oleh beliau dan adiknya yang merupakan seorang jururawat untuk merawat askar-askar yang sakit dan cedera semasa Perang Boer. Hospital ini menjadi pilihan utama keluarga diraja semenjak ianya dibuka untuk mendapatkan rawatan dimana Baginda Queen Elizabeth II merupakan Penaung bagi Hospital ini.
Duchess of Cambridge dimasukkan ke Hospital King George VII pada hari Isnin lepas bersamaan 03.12.2012 kerana masalah "Hyperemesis Gravidarun" iaitu alahan/pembawakan budak yang jarang berlaku kepada ibu mengandung dimana pengidapnya akan muntah secara berterusan tanpa dapat dikawal. Sehari selepas dimasukkan ke hospital, dua orang DJ dari Sydney 2Day FM Station yang beribupejabat di Sydney telah membuat panggilan palsu dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mengetahui status kesihatan Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate. Jacintha Saldanha yang menjawab panggilan tersebut pada pagi selasa jam 05:30hrs telah terpedaya dan beranggapan dia sedang bercakap dengan Baginda Queen dan telah menyambungkan pangillan berkenaan kepada jururawat yang bertugas di wad dimana Duchess of Cambridge ditempatkan. Hasil daripada sambungan telefon ini, jururawat diwad berkenaan telah mendedahkan status kesihatan Duchess of Cambridge kepada penyamar berkenaan.
Gambar disebelah ini adalah dua DJ Sydney's 2Day FM Station iaitu Mel Greig dan Michael Christian. Kebocoran rahsia mengenai satus kesihatan yang dianggap sulit untuk setiap pesakit ini amat memalukan pihak Hospital King George VII mentelah hospital ini terkenal sebagai pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Mel Greig dan Michael Christian telah meminta maaf diatas kejadian ini. Kedua-dua mereka telah mendapat teguran/komen di twitter serta internet dan mahukan mereka dipecat. Selepas berita kematian ini, twitter mereka telah ditutup dan stesyen radio berkenaan telah membuang klip berhubung panggilan ini dari laman webnya yang sebelum ini menjadi kebangaan kedua-dua DJ berkenan untuk membincangkannya dilaman web tersebut. Teringat Syah satu stesyen radio di negara kita yang suka mengenakan orang dengan panggilan telefon mereka, So hati-hati lah yer jangan sampai jadi perkara seperti ini yang menyusahkan semua pihak walaupun pada asalnya hanya berniat untuk suka-suka sahaja. Belajar dari apa yang berlaku ........
Sumber :- Theguardian / Royaltynu / Sinarharian .com / King Edward VI Website / Suara Pembaruan / The Daily Beast
↧
December 7, 2012, 11:45 pm
08.12.2012, Sabtu - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataannya hari ini di Istana Negara Lama memaklumkan bahawa mulai 01 Januari 2013, pintu gerbang Istana Negara Lama akan dikawal oleh dua pengawal berpakaian tradisional Melayu bagi memperlihatkan kepada umum mengenai amalan tradisi berkawal di Istana pada zaman Kesultanan Melayu lampau dengan mengekalkan "ambient persekitaran' di Istana Negara Lama. Mulai tahun depan juga beberapa buah bilik didalam Istana Negara Lama akan dibuka untuk lawatan bagi memberi maklumat kepada masyarakat berhubung fungsi serta kegunaan bilik-bilik berkenaan semasa persemayaman 13 Yang di-Pertuan Agong di Istana berkenaan sebelum ini. Pemandu pelancung akan disediakan untuk memberi penerangan melalui visual berhubung kegunaan bilik-bilik berkenaan yang digunakan oleh Ketua Negara kita untuk menerima lawatan duta, tetamu asing serta menerima watikah dan mengadakan majlis keramaian diraja.
Menyentuh berhubung Pameran Raja Kita sempena Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang berlangsung semenjak 15 April lepas, beliau memaklumkan mengikut statistik sehingga semalam seramai 314,757 pengunjung tempatan dan luar negara telah mengunjungi pameran ini. Pameran ini tambahnya akan diteruskan berikutan sambutan hangat daripada masyarakat. Apalagi? ............ pada anda semua marilah kita bersama-sama membawa anak-anak / adik-adik kita terutamanya pada musim cuti sekolah ini untuk melawat Pameran Raja Kita bagi melihat sendiri kebesaran dan peranan institusi Raja Berpelembagaan di Negara kita serta dapat mendedahkan generasi muda untuk menghargai signifikasi institusi diraja kepada negara. Barulah nanti mereka lebih faham mengenai sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan oleh Malaysia.
Hari ini Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf menyaksikan Persembahan Hulubalang di hadapan pintu gerbang Istana Negara Lama oleh 20 orang ahli Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia. Tambah beliau lagi Istana Negara Lama ini mampu menjadi salah satu daripada daya tarikan bagi produk pelancungan dinegara kita.
Sumber :- Bernama
↧